Shibli Vision

Shibli Vision

Geek is Cool

7 Sebab untuk memilih iPhone 4S berbanding Galaxy Nexus

 

Setelah lebih seminggu menggunakan smartphone Android 4.0 terbaru dari Samsung (Google) Galaxy Nexus, sedikit perbandingan iPhone4S telahpun ditulis. Adakah Galaxy Nexus ini mampu membuatkan pengguna iPhone berhijrah kepada Android? Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui.

Continue reading

Review : Samsung [Google] Galaxy Nexus

http://androidandme.wpengine.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2011/10/galaxy-nexus-shorter11.jpg

 

Salah sebuah smartphone yang dinanti-nantikan oleh pencinta teknologi, Galaxy Nexus. Smartphone pertama yang mempunyai Android versi terbaru 4.0 iaitu Ice-Cream Sandwich dan Nexus ini dikira sebagai Smartphone milik Google yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Bagus kah Nexus ini? Berbaloikah membelinya? Adakah ia lebih hebat daripada iPhone4S? Baca sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smartphone ini.

Continue reading

Tutorial : Unthetered Jailbreak iPhone4 [5.0.1]

Ini adalah tutorial untuk Jailbreak iPhone4 anda yang menggunakan iOS 5.0.1. Tutorial ini untuk pengguna Windows. Kepada sesiapa yang memerlukan Unlock, sila jangan ikut tutorial ini. Tutorial ini hanya untuk Unlocked iPhone dan official set sahaja.

 

http://cdn2.digitaltrends.com/wp-content/uploads/2009/12/iphone_pirate_21.jpg

Continue reading

Review : iPhone 4S

http://maxcdn.liewcf.com/blog/wp-content/uploads/apple-iphone-4s.jpg

 

Sedikit kekecewaan, iPhone4S bukanlah iPhone5 seperti yang kita semua harapkan. Khabar angin seperti iPhone yang lebih nipis, skrin yang lebih besar dan berbagai ramalan masih belum sedia ditunjukkan oleh Apple lagi, setakat ini. iPhone4S hanya kemaskini daripada iPhone generasi sebelum ini iaitu iPhone4, tetapi masih mampu mengagumkan pengguna dan saingan dengan cip pemprosesan yang lebih hebat, sama seperti yang digunakan pada iPad2, kamera yang lebih hebat, pembantu maya ‘SIRI’ dan lain lain. Apple mengatakan bahawa iPhone4S adalah “The Most Amazing iPhone Yet”. Benarkah? Sudah tentu. Tetapi baca sampai habis untuk mengetahui sama ada berbaloikah untuk membeli iPhone4S ini.

 

Continue reading

Iklan Samsung Perlekeh Peminat Apple

 

Samsung, anda sungguh memalukan. Apa motif membuat iklan mengutuk orang orang yang beratur untuk membeli iPhone? Tidak sedarkah anda bahawa phone anda sendiri itu meniru iPhone pada awalnya? Tidak rasa malu kah produk anda seperti Galaxy Tab 10.1 di haramkan penjualan oleh mahkamah di German dan beberapa negara kerana meniru iPad? Atau anda berasa sangat jeles tiada orang beratur membeli phone anda? Pandangan aku, iklan ini ada unsur lawaknya tapi sebagai sebuah company yang berprestij, ini memalukan.

 

Apple juga pernah membuat iklan iklan seperti ini melalui siri iklan “I’m a Mac vs I’m a PC”, tetapi jauh perbezaannya. Anda boleh nilaikan sendiri. Dibawah ini aku compile kan tweet tweet marah dan annoying dari akaun twitter @ShibliVision semalam. LOL

 

#Dear Samsung, I don’t see what the problem is. I assume that you guys just jealous because no one waits in line for your products, yes?

 

#Sad,when a company can’t advertise their phone on the phone’s own merit, but instead has to compare and insult competitors product #Samsung

 

#No one standing in line for the iPhone would notice that phone from a distance because it copies the iPhone design. #SamsungFail

 

#No one standing in line for the iPhone would be impressed by a crappy Android-powered clone that tries really, really hard to be an iPhone.

 

#People standing in line for the iPhone want an iPhone because it’s the best phone on the market.

 

#Therefore; *Samsung can’t be original. *Samsung can’t be creative. Samsung is stupid.

 

#Plus the wallpaper on the phone is snow leopard, n all the branding is apple. apple stores,apple hipsters,feel,etc. O and IT COMES IN WHITE!

 

#And Samsung even mention that iPhone’s battery is no good LOLOLOLOLOLOLOLOL I LOLed HARD ON THIS

 

#Samsung couldn’t even demonstrate features of their Nexus S in their own press conference a few weeks back because they didn’t work! LOL

 

#And this is how you lose potential costumers Samsung…

 

#THE NEXT BIG THING IS SO BIG THAT NO ONE WILL WAIT IN A LINE OUTSIDE IT’S STORE DOORS TO GET ONE. LOL WHAAT?

 

#So, the takeaway here is that Samsung doesn’t want people to ever wait in line for their products. Okay. Message received. Roger that.

 

#Samsung wishes they had a phone half that popular.

 

#Samsung, your smartphone is great i must say, only one problem… it runs Android.

 

#Everyone misses the reason people like the iPhone. It’s not because of the hardware, although that is pretty great. It’s because of iOS.

 

That’s all. Sorry sifat fanboy aku terserlah sangat. FYI, aku pakai 2 fon. Besides iPhone, aku pakai Motorola Droid RAZR and it runs ANDROID. Therefore, i am no fanboy, mind you. Android is good, but iOS is way better. Sorry :)

Review : Motorola Droid RAZR

 

Seperti yang semua tahu, aku ni peminat dan pengguna setia produk produk Apple. Kenapa tiba-tiba review handphone Android pulak ni ey? Haha sebenarnya saja nak beralih angin sikit. Nak belajar pakai Android pulak. Since dari tahun 2008 lagi dah pakai iPhone, tak salah mencuba benda baru. Tapi aku still pakai iPhone4 untuk kerja-kerja dan online, handphone ni sebagai backup dan phone ke dua je. Aku belum rasa Android mampu mengambil alih tugas tugas yang aku selalu buat dekat iPhone.

 

Motorola pernah ungguli pasaran telefon bimbit dunia apabila mengeluarkan sebuah handphone lipat yang dinamakan Motorola RAZR pada tahun 2004 dahulu. Lebih 120 juta unit terjual di seluruh dunia pada ketika itu, dan kemudiannya Motorola tenggelam tanpa mengeluarkan produk-produk yang hebat. Spekulasi dan khabar angin baru baru ini mengatakan Motorola akan mengeluarkan sebuah lagi handphone nipis yang juga dinamakan RAZR, dan telahpun dilancarkan secara rasmi oleh Motorola pada 1 November yang lalu.

 

Smartphone tersebut dinamakan Motorola Droid RAZR. Motorola mengatakan ini adalah smartphone paling nipis di dunia. Memang badannya sangat nipis, ketebalannya hanya 7.1mm, berbanding Samsung Galaxy S II 8.6mm dan iPhone4S 9.3mm. Walaupun nipis, spesifikasi dalamannya tetap hebat dan berkuasa. Mempunyai cip pemprosesan dwi teras (dual core) 1.2ghz, 1gb RAM dan skrin 4.3″ Super AMOLED 540 x 960. Kameranya juga mempunyai perakam HD penuh 1080p dan 8MegaPixel untuk menangkap gambar. Spesifikasi yang hebat untuk handphone senipis ini.

 

Terdapat juga beberapa kelemahan pada Droid RAZR ini. Pertama, bateri yang kurang memuaskan. Kedua, ianya sangat ringan, rasa macam handphone murah china. Walaupun ringan, kualiti pembinaannya sangat hebat. Gorilla Glass tahan lasak di bahagian hadapan dan laser-cutted kevlar di bahagian belakang. Genggaman di dalam tangan rasa sedikit besar, mungkin sebab dah biasa dengan iPhone yang lebih kecil saiz badannya.

 

Itu saja kot, nak cerita pasal Android bukan bidang aku. Aku tak minat Android pun. Cuma memang aku suka dengan design handphone ni. iPhone tetap smartphone yang terbaik bagi aku. Cuma Droid RAZR ni berjaya menarik minat aku sebab design dan built-quality nya yang mengagumkan. Dari segi dalaman dan sistem operasi nya, sama sahaja dengan peranti Android seperti Samsung Galaxy SII dan lain lain :)

10 Sebab Untuk Membeli iPhone4S

http://www.idownloadblog.com/wp-content/uploads/2011/10/iPhone-4S.png

 

Selepas melancarkan iPhone4S pada hari Selasa yang lalu, Apple mendapat kritikan dari banyak pihak termasuk peminat-peminat dan pengguna setia produk Apple sendiri kerana ‘tidak mengikut trend’ dan jangkaan ramai bahawa iPhone generasi baru dengan rekabentuk yang lebih nipis ternyata tidak dilancarkan oleh Apple.

 

Tetapi beberapa pemerhati teknologi mengatakan Apple mengambil langkah selamat dan bijak, tidak ada gunanya melancarkan iPhone generasi baru yang terlalu hebat dan rekabentuk baru kerana kontrak pembeli biasanya selama 2 tahun. Apple mengambil langkah sama 2 tahun lalu ketika melancarkan iPhone3GS. Oleh itu, Apple hanya akan melancarkan iPhone generasi baru yang hebat dan rekabentuk yang serba baru setiap 2 tahun sekali, dan bukannya setiap tahun.

 

Tetapi, adakah iPhone4S yang nampak serupa seperti iPhone4 generasi sebelumnya ini merupakan sesuatu yang tidak hebat? Sudah tentunya tidak. Dalam beberapa kategori, iPhone4S masih mempunyai kehebatan yang jauh meninggalkan saingan-saingannya dan masih mempunyai kelasnya yang tersendiri.

 

Ini merupakan 10 sebab mengapa anda perlu membeli iPhone4S :

 

1. Performance

 

Dilengkapi dengan cip dwi-pemprosesan (dual-core) yang sama dengan apa yang dimiliki iPad2, iPhone4S kini 2x lebih pantas berbanding generasi sebelumnya iaitu iPhone4. Kad-grafik juga dipertingkatkan dan GPU grafiknya kini dikatakan 7x lebih pantas dan hebat berbanding iPhone4. Perubahan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila anda menggunakan aplikasi yang berat dan menggunakan memori yang banyak. Semuanya menjadi lebih pantas dan pertukaran aplikasi (multitasking) juga lebih laju. Beberapa syarikat besar sudahpun mengumumkan aplikasi dan permainan yang menggunakan kehebatan GPU baru ini seperi Infinity Blade II dan Real Racing versi terbaru.

 

2. Camera

 

iPhone4S memuatkan kamera 8megapixel yang sangat hebat, mampu mengambil gambar beresolusi 3264 x 2448. Resolusi ini melebihi 60% pixel daripada apa yang dihasilkan oleh iPhone4 yang sudahpun mempunyai kamera luar biasa. Lagi perkara baru pada kamera iPhone4S adalah ‘illumination sensor’ yang dipertingkatkan bagi mencantikkan gambar di kawasan gelap dan juga ‘infrared filtor’ bagi hasil warna yang lebih tepat dan tajam. Apple juga memuatkan ‘Custom ISP’ (Image Signal Processor) bagi membolehkan dari homescreen kepada menangkap gambar dalam masa hanya 1.1 saat dan hanya 0.5 saat untuk menangkap gambar seterusnya. Ya, memang sangat pantas.

 

3. Video Camera

 

Walaupun iPhone4 sudah boleh merakam video HD, ianya dilimitkan pada resolusi 720p sahaja. iPhone4S mempunyai kemampuan merakam video HD-penuh (Full-HD) beresolusi 1080p. Perakam video iPhone4S juga mempunyai beberapa perkara yang hanya terdapat dalam kamera video profesional seperti ‘temporal noise reduction’ dimana ianya membantu rakaman video yang cantik di kawasan gelap serta kurang cahaya dan ‘image stabilization’ untuk mengurangkan getaran video jika tidak diletakkan pada tripod.

 

4. Siri

 

iPhone4S dilengkapi dengan ‘Siri’, pembantu peribadi digital anda. Siri dapat mengenal pasti bahasa inggeris semulajadi anda, seperti bahasa ketika bersembang sesama manusia, bukannya hanya memahami beberapa perkataan sahaja. Siri dapat membantu anda jika anda bertanya perkara-perkara seperti restoran mana yang terbaik di kawasan ini, menempah tiket wayang dan bertanya jalan ke sesuatu tempat. Siri juga boleh membantu untuk membacakan mesej anda jika anda tengah memandu atau berjoging, membalas semula mesej, menulis dan menghantar email, memberi maksud perkataan (kamus), mengunci jam (alarm), bertanya mengenai cuaca dan macam-macam lagi. Siri mengalahkan semua teknologi pengesan suara termasuk apa yang ada pada peranti Android, kerana Siri dapat memahami bahasa dengan baik dan mempunyai capaian maklumat yang sangat luas.

 

5. Airplay Mirroring

 

Airplay Mirroring ini adalah perkara yang difokuskan kepada sesiapa yang sudahpun memiliki Apple TV, tetapi antara kelebihan yang terbaik di dalam iPhone4S ini. Dengan Airplay Mirroring, anda dapat melakukan apa saja dengan iPhone anda dan lihatnya dengan langsung di TV anda menggunakan Apple TV. Ini bermaksud anda dapat melayari internet, menulis email, dan juga bermain games di TV besar anda, dan semuanya tanpa wayar (wireless). Syarikat besar sudahpun mula mengeluarkan permainan yang dapat menggunakan fungsi ini seperti Real Racing 2, anda boleh bermain multi-player, berlumba bersama rakan anda di TV, seperti bermain konsol PS3. Fungsi hebat Airplay Mirroring ini hanya terdapat pada iPad2 dan iPhone4S sahaja.

 

6. Improved Antenna

 

Apple menerima banyak kritikan dan tekanan ketika mula mula iPhone4 dilancarkan dengan isu kontroversi masalah antenna. Imej Apple juga tercalar serta kerugian jutaan ringgit dengan memberi Casing Bumper percuma kepada sesiapa yang mempunyai masalah tersebut. Kali ini, Apple telah melakukan kajian mendalam dan menyelesaikan perkara ini dengan bijak. iPhone4S mempunyai 2 antenna di bahagian bawah dan di bahagian atas, membolehkan ia bertukar bila-bila masa jika ada sebarang masalah talian. Kualiti percakapan telefon juga kini lebih baik, jelas dan tidak mudah terputus seperti apa yang pernah berlaku dahulu. Dan jika telco anda mempunyai HSDPA+, iPhone4S mempunyai kelajuan sehingga 14.4 Mbps. Kelajuan 2x ganda berbanding iPhone4 dan sama kelajuannya dengan telefon-telefon 4G.

 

7. Battery Life

 

Walaupun memuatkan hardware yang baru dan lebih berkuasa seperti Cip dwi pemprosesan A5, kamera 8megapixel, dan fungsi Siri yang sentiasa bersedia untuk membantu, iPhone4S masih mempunyai masa bateri yang boleh dikatakan agak hebat dan mengatasi saingan-saingannya. Masa bercakap dengan 3G kini 8jam, berbanding hanya 7 jam pada iPhone4. 14jam jika menggunakan 2G, 9jam jika melayari internet menggunakan Wi-Fi, 10jam menonton video tanpa henti, dan boleh mendengar lagu sehingga 40 jam berterusan. Jika anda bukan lah seorang pengguna yang lasak, iPhone4S mempunyai masa bersedia (stand-by time) selama 200jam.

 

8. Design

 

Walaupun hampir semua daripada kita menjangkakan iPhone generasi baru ini mempunyai rekabentuk berlainan, iPhone4S masih mempunyai rekabentuk antara yang terhebat dan dikatakan pencapaian menakjubkan dari segi kejuruteraannya. Walaupun rekabentuk ini sudah digunakan lebih daripada setahun, ia masih kekal sebagai rekabentuk smartphone paling nipis di dunia setakat ini iaitu hanya 9.3mm keseluruhan. Ada yang mengatakan bahawa Samsung Galaxy S II lebih nipis, tetapi bahagian bawahnya mempunyai ketebalan 9.9mm, jadi nipisnya tidak konsisten. Takhta smartphone paling nipis di dunia masih dipegang oleh Apple setakat ini. iPhone4 disifatkan sebagai smartphone paling unik dengan rekaan nipis, antenna di luar dan cermin depan dan belakang kaca. Keunikan tersebut dikekalkan dengan iPhone4S ini walaupun perubahan hardware dalaman yang ketara.

 

9. Apps

 

Apple App Store tidak perlu lagi diperkenalkan kepada anda. Apple merupakan syarikat yang pertama di dunia memperkenalkan App Store untuk membeli aplikasi secara terus di dalam telefon dan kemudiannya di tiru oleh saingan saingan yang lain. Platform iOS jauh meninggalkan saingannya jika dilihat dari segi pasaran aplikasi. Kualiti App Store juga dijaga sangat rapi oleh Apple. Proses untuk meluluskan aplikasi sebelum dimasukkan kedalam App Store sangat ketat dan jika tidak mencapai standard, aplikasi tersebut akan dibatalkan dan ditolak. Ini menunjukkan hanya aplikasi yang baik dan berkualiti sahaja dilepaskan masuk kedalam ekosistem Apple. App Store kini mempunyai lebih 500 000 aplikasi, 140 000 daripadanya adalah aplikasi iPad. iPhone4S sudah tentunya dapat digunakan bagi hampir kesemua aplikasi di dalam App Store, bergantung kepada penggunaan anda, ditambah pula dengan cip pemprosesan A5, pastinya aplikasi dapat digunakan dengan sepenuhnya dan lebih laju.

 

10. Satisfaction

 

Produk-produk Apple terkenal dengan ayat seperti “Magical” dan “It just works,” sudah tentu lah iPhone4S juga tidak terkecuali. iPhone4S, sama seperti iPhone-iPhone sebelum ini, sangat sangat smooth, jarang sekali lagging atau crash (hampir tiada melainkan jailbreak), dan tidak mempunyai isu isu remeh seperti saingan-saingannya. Apple mencipta hardwarenya, Apple juga mencipta softwarenya, dan kedua dua perkara tersebut dapat berkerjasama dengan begitu baik sekali, menghasilkan sebuah telefon pintar yang sangat laju, tidak mempunyai masalah dan disayangi oleh hampir semua yang menggunakannya. Jika tidak percaya, biarkan nombor berbicara. Kajian yang dijalankan, kepuasan pelanggan untuk produk Apple melebihi 90% setiap tahun, jauh meninggalkan HTC di tempat kedua dengan hanya 70%. Dijangka kan iPhone4S akan meneruskan kehebatan Apple dan rekod yang hebat ini.

 

Apa komen anda?

Related Posts with Thumbnails