
Apabila Steve Jobs memanggil iPad1 sebagai “Magical” ketika pelancarannya pada tahun 2010, banyak pihak yang memandang serong terhadap beliau ketika itu dan menganggap perkataan “Magical” yang beliau gelarkan terhadap iPad1 itu adalah suatu penghinaan kepada dunia teknologi. Tetapi sekarang, Steve Jobs sudah membuktikan semuanya dan iPad kini adalah antara sebuah gadget yang paling berjaya dalam dunia teknologi. Walaupun begitu, kenapa kah seperti ada ‘perpisahan’ antara dua perkataan iaitu ‘Magic’ dan ‘iPad’?

(Ribuan sedang beratur untuk membeli iPad2 di US)
Pertama sekali, tiada siapa menjangkakan iPad1 akan mendapat sambutan dahsyat di seluruh dunia. Bukan setakat penganalisis dan jurnalis, tetapi Apple sendiri tidak percaya bahawa mereka telah menjual lebih 15 juta unit iPad1 dijual dalam masa 9 bulan sahaja (April-Disember 2010). Suatu perkara yang hampir mustahil untuk berlaku kerana konsep gadget tersebut yang terlalu baru di pasaran dan iPad adalah tablet pertama yang dijual secara besar-besaran di dunia. Tiada sesiapa menjangkakan produk yang baru memasuki pasaran boleh berjaya seperti ini.

Seperti yang ramai telah katakan sebelum ini, Apple seperti mengetahui mereka mempunyai ‘sesuatu’ yang baru untuk dunia teknologi tetapi mereka sendiri seperti kurang pasti apakah kelebihan utama ‘sesuatu’ tersebut untuk menarik orang ramai membeli iPad mereka. Pelancaran iPad2 membuatkan semuanya kini nampak lebih jelas. Ada yang mengatakan bahawa iPad2 hanyalah sedikit penambahbaikan berbanding iPad1, dan ada juga yang mengatakan iPad hanyalah sebuah iPhone yang besar. Kedua-dua kenyataan tersebut adalah benar, tetapi mereka tidak memandang bahawa memang itu lah misi Apple, untuk menyajikan sesuatu yang lebih besar dan lebih hebat berbanding iPhone, untuk kepuasan pengguna mereka.

Dalam satu temubual bersama The Daily Mail baru-baru ini, Apple Vice President of Designing, Johny Ive mengatakan :
The iPad reminds me of Arthur Clarke’s remark that ‘any technology sufficiently advanced is indistinguishable from magic’. I mentioned this to Jony and he told me they were thinking exactly that when the iPad was going through the studio.

Kerana perkataan “Magical” inilah setiap kali pelancaran iPad (iPhone juga termasuk), Apple tidak pernah memberitahu kepada umum berapa RAM, berapa GPU, berapa GHz Processornya dan kebanyakan detail mengenai teknikal di dalam produk mereka dirahsiakan. Apple langsung tidak mementingkan detail teknikal di atas kertas, mereka hanya mementingkan ‘experience’ atau keseronokkan pengguna apabila mereka memegang dan bermain-main dengan produk Apple. Sebab itu lah juga Steve Jobs tidak henti-henti bersenyum ketika demo iPad di atas pentas. Menggunakan iPad adalah seronok. ‘Experience’ nya juga seronok. Walaupun detail teknikal seperti A5 dual-core Apple mengalahkan Tegra dual-core di dalam Motorolla Xoom dengan jauh sekali, Apple tetap berdiam mengenai perkara tersebut, apa yang difokuskan adalah 100% pengalaman. Inilah kelainan Apple berbanding syarikat lain yang terlalu mementingkan detail teknikal di atas kertas.

Kerana itulah tagline iPad2 adalah ‘thinner, lighter, and faster’ (lebih nipis, lebih ringan, lebih laju). Bukan sebab 3 perkara tersebut adalah detail teknikal yang bagus, tetapi 3 perkara tersebut membuatkan keselesaan dan keseronokan menggunakan iPad bertambah. Scrolling yang lembut dan tidak sangkut, ‘frame-rate’ yang lembut dan laju, web-browser yang laju dan papan antaramuka yang cantik, menyebabkan pengguna merasa seronok dan lupa bahawa apa yang mereka main itu adalah sebuah gadget biasa, kerana pengalaman dan keseronokan bermain itu menutup semua detail teknikal di atas kertas.

Selain itu, iPad juga tidak memerlukan pengetahuan komputer PC atau Mac. Budak 2 tahun juga boleh bermain iPad dengan cekap sekali. Orang-orang tua juga boleh bermain iPad dengan seronok dan mudah. Hal ini tidak berlaku kepada komputer atau laptop kerana ia memerlukan mereka untuk belajar dahulu. Di sini lah kekuatan utama iPad – papan antaramuka yang terlalu senang dan mesra pengguna. Budak-budak dan orang tua juga tidak akan bertanya, “berapakah RAM iPad ini? Berapakah Processor iPad ini?”. Apa yang mereka mahukan adalah keseronokan ketika menggunakan gadget tersebut.

Akhir sekali, Apple telahpun membuktikan semua perkara di atas melalui sebuah iklan komersial di TV baru-baru ini bertajuk “We Believe“. Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah iPad merupakan gadget paling berjaya di dunia ketika ini, meninggalkan saingan-saingan mereka yang mempunyai detail teknikal yang lebih hebat, hanya kerana iPad memberi keseronokan yang “Magical”.