Setelah lebih seminggu menggunakan smartphone Android 4.0 terbaru dari Samsung (Google) Galaxy Nexus, sedikit perbandingan iPhone4S telahpun ditulis. Adakah Galaxy Nexus ini mampu membuatkan pengguna iPhone berhijrah kepada Android? Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui.
Shibli sebagai penulis bergenre teknologi dan Apple telahpun menggunakan iPhone4S selama sebulan dan Galaxy Nexus lebih seminggu. Adakah Galaxy Nexus boleh mengambil alih tempat iPhone4S sebagai smartphone terbaik dan no 1? Sama sekali TIDAK. Banyak sebabnya yang Shibli boleh tuliskan, tapi hari ini Shibli senaraikan dulu 7 sebab kenapa anda perlu memilih iPhone4S berbanding Galaxy Nexus.
7 Sebab Untuk Memilih iPhone4S berbanding Galaxy Nexus
Setelah puas bermain dengan kedua dua smatphone terhangat di pasaran ini, Shibli akan tulis sebab sebab mengapa iPhone4S lebih baik. Ini hanya pandangan peribadi yang ingin dikongsikan bersama pembaca. Harga Galaxy Nexus dan iPhone4S tidak jauh bezanya, jadi Shibli tidak menganggap kos sebagai faktor dalam perbandingan ini.
1. Aplikasi
Aplikasi adalah kekuatan utama Apple. Dengan melebihi 500,000 apps dan meningkat setiap hari, tiada lagi pasaran lain yang mampu menandingi Apple. Setiap hari ada saja aplikasi baru yang menarik akan dijumpai di dalam App Store. Selain itu, aplikasi dan game dari syarikat ternama dunia juga pasti akan dilancarkan di App Store dahulu, barulah kemudiannya dilancarkan di platform lain termasuk Android.
2. Kualiti iPhone4S lebih baik
Kualiti pembinaan iPhone4S adalah yang terbaik di pasaran. Kaca penuh di bahagian depan dan belakang serta aluminium di sekeliling badan. Satu-satunya benda plastik pada iPhone4S adalah ‘home-button’nya sahaja. Shibli sudah biasakan diri dengan memegang Galaxy Nexus, tetapi kualitinya sekadar biasa dimana semua orang pun tahu kebanyakan smartphone keluaran Samsung mempunyai badan plastik dan rasa seperti smartphone murah. Galaxy Nexus sedap digenggam, tetapi iPhone4S lebih berkualiti dan rasa lebih memuaskan.
3. iPhone4S ada SIRI dan dia sangat bagus!
Shibli sudahpun mencuba pengecam suara pada Galaxy Nexus dan ia masih sangat jauh ketinggalan di belakang SIRI. Kebolehan SIRI untuk menyediakan peringatan untuk kita, set alarm, cek cuaca, tulis nota, search web, menghantar mesej dan email, berjenaka, jauh meninggalkan teknologi pengecam suara dari Android.
4. Kamera iPhone4S jauh lebih baik
Megapixel bukanlah penentu gambar yang cantik. iPhone4S mempunyai kamera 8 Megapixel manakala Galaxy Nexus pula mempunyai kamera 5 Megapixel. Gambar yang dihasilkan oleh iPhone4S lebih baik pada waktu siang dan jauh lebih baik pada waktu malam. Shibli tidak faham mengapa Samsung menggunakan kamera yang biasa sahaja untuk model Galaxy Nexus ini kerana sekurang-kurangnya jika mereka menggunakan kamera seperti Galaxy SII pun sudah cukup baik.
5. Speaker Galaxy Nexus yang teruk!
Pembesar suara utama pada Galaxy Nexus adalah antara yang paling teruk berbanding smartphone lain di pasaran. Bunyinya agak perlahan. Jika anda suka mendengar muzik menggunakan pembesar suara terbina dalam, Galaxy Nexus semestinya bukan untuk anda. Ini sangat mengecewakan. Pembesar suara yang terdapat pada iPhone4S pula sangat baik, lebih kuat daripada iPhone4.
6. Skrin Galaxy Nexus yang terlalu besar
Shibli mempunyai tangan yang sederhana besar, dan jika menggunakan sebelah tangan, Shibli hanya dapat menyentuh 50-60% daripada keseluruhan skrinnya sahaja menggunakan ibu jari. Dengan iPhone4S, Shibli dapat menyentuh 100% skrin dengan hanya sebelah tangan. Menggunakan Galaxy Nexus memerlukan kedua dua belah tangan. Tidak boleh mesej ketika sedang memandu lah nampaknya.
7. Android masih belum memuaskan
Android 4.0 Ice Cream Sandwich adalah versi yang terbaik dan terhebat berbanding Gingerbread dan sebelum sebelumnya. Ia mempunyai ciri ciri menarik dan bagus walaupun belum di’polish’ sepenuhnya. Pun begitu, ianya masih komplikated dan tidak mudah bagi pengguna baru untuk menggunakannya. Ia tidak simple dan mesra-pengguna seperti iOS 5 di dalam iPhone4S. Berilah iPhone kepada kanak-kanak atau orang tua, mereka boleh menggunakannya serta-merta dengan mudah. Tapi cuba beri mereka telefon Android, sudah tentu memerlukan masa untuk belajar dan membiasakan diri.
Itu adalah 7 sebab utama mengapa iPhone4S adalah smartphone yang lebih baik berbanding Galaxy Nexus. Ada juga sebab sebab lain seperti virus dan malware yang semakin banyak menyerang Android dan Browser Safari iOS 5 lebih baik berbanding Browser Android, tetapi tidak mengapa, perkara perkara lain tersebut akan di ulas pada masa akan datang.
Jika anda memang sangat sangat membencikan Apple dan mahukan smartphone Android juga, Shibli senaraikan 5 kelebihan Galaxy Nexus ini.
5 Kelebihan Galaxy Nexus
1. Skrin yang cantik dan besar (Jika anda tidak kisah menggunakan kedua belah tangan)
2. Ice Cream Sandwich yang menarik dengan ciri ciri baru (Jika anda adalah pengguna setia Android)
3. Cover belakang yang boleh dibuka dan bateri yang boleh ditukar.
4. Standard Micro-USB port dan juga menyokong HDMI.
5. Sokongan penuh Google Maps yang hebat.
Itu saja yang Shibli ingin kongsikan di sini. Apapun, terpulang kepada pilihan masing masing. Shibli hanya berkongsi pengalaman sendiri mengenai kedua dua smartphone ini

Acat says:
spoken like a true fanboy. hehe.
darkion says:
Apple fans *haahhh*
bloodtrinity says:
satu kelemahan iphone adalah bluetooth sesuatu item….android tak kira mana2 hp ada sokongan bluetooth dapat hantar sebaranf item dgn mudah…btl x?
mrkthxbai says:
so bias! i’ve been using iphone 4s and i think it is not that good if compare with galaxy nexus. and yeah, i owned the galaxy nexus too
it is much more fun and pretty. i think with jellybean, galaxy nexus will be much more better than the iphone 4s. i hope you can be much more neutral on you review. thx shibli.
NexusBoy says:
im sorry but jellybean on galaxy nexus has definitely kills IOS