Shibli Vision

Geek is Cool

Why Steve Jobs is My Idol

Baru-baru ini, ada assignment yang mahu pelajar menceritakan tentang seorang tokoh jutawan dunia yang digemari dan perlu menulis karangan 1000 perkataan mengapa meminati dan mencontohi tokoh tersebut. Shibli memilih Steve Jobs dan berikut adalah karangan tersebut (Bahasa Inggeris).

Steve Jobs. Ranks 34th among billionaires in the United States. 110th in the world.

(Source : http://www.macrumors.com/2011/03/10/steve-jobs-ranked-worlds-110th-richest-person-with-net-worth-of-8-3-billion/)

Continue reading

Review Ringkas : The New iPad

Pada yang belum tahu langsung mengenai The New iPad ini, boleh lah baca artikel yang Shibli tulis baru baru ini. [“The New iPad” : 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu]. Review kali ini ringkas sahaja, kerana apa yang ada pada The New iPad ini telah ditulis pada artikel tersebut.

Shibli bersama beberapa rakan berjumpa dan beratur di Machines Suria KLCC pada 21 April yang lepas. Kami datang seawal pukul 4.00 pagi, punyalah bersemangat nak dapatkan The New iPad ini. Antara yang beratur bersama Shibli pada hari tersebut adalah beberapa fanboy Apple seperti Syamil, Irsyad dan founder Oh! Media, saudara Khai sendiri.

Continue reading

Review : HTC One X

Unboxing Video

 

Sebuah lagi smartphone yang dinanti-nantikan oleh pencinta gadget di seluruh dunia, HTC One X. Syarikat HTC yang merudum semenjak tahun lepas kerana terlalu banyak model yang dikeluarkan dan kewangan yang menurun, kini muncul dengan hebat untuk menjadi pengeluar pertama smartphone yang memiliki cip-pemprosesan 4 teras (quad-core). Hebatkah One X ini? Berbaloikah dengan harganya yang mahal? Baca sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai One X ini.

Continue reading

Nokia Lumia 800 Simple Review [Video]

Sebenarnya video ni dah lama buat. 14 Februari dulu. Cuma masa tu share dekat facebook ShibliVision je. Terlupa nak post dekat blog ni. Jadi, pada yang belum tengok simple Review Nokia Lumia 800 dengan OS Windows Mango 7.5 ni, boleh la tengok.

InsyaAllah review selepas ini smartphone Quad-Core pertama di dunia. Coming soon. Stay tune :)

Russell Peters di Malaysia Mei 2012!

Shibli memang seorang peminat Russell Peters sudah bertahun lamanya. Hampir semua full show ada disimpan pada Shibli. Dari ‘Intense Comedy Night’, ‘Outsourced’, ‘Show Me The Funny’, ‘Def Comedy Jam’, ‘UK Tour’, ‘Comedy Now’, ‘Red, White, and Brown’, ‘Green Card Tour’ dan banyak lagi. Semuanya ditengok berulang kali tanpa rasa jemu.

 

Russell Peters selalu sahaja membuat Comedy Tour nya di seluruh dunia termasuk negara jiran kita seperti Singapura, tetapi masih belum pernah membuat persembahannya di Malaysia.

 

Tetapi bulan Mei ini, sah Russell Peters akan membuat persembahan pertamanya di Malaysia. Tarikh dan harga tiket masih belum diketahui setakat ini, tetapi yang pasti memang Russell Peters akan membuat persembahan di Kuala Lumpur.

 

Facebook rasmi Russell Peters pada hari sabtu yang lalu menulis beberapa negara termasuk Malaysia, pada Mei 2012 dan detail nya akan diberitahu kemudian.

 

The Comedy Club KL pula pada hari Rabu menulis pada Facebook mereka seperti di atas. Semua orang tahu bahawa “Somebody’s gonna get hurt real bad” adalah tagline popular Russell Peters.

 

Jadi memang benar Russell Peters akan membuat persembahan Stand-Up Comedynya di Kuala Lumpur pada Mei ini. InsyaAllah jika ada kelapangan dan tiket yang tidak terlalu mahal, Shibli mesti akan pergi! :)

“The New iPad” : 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

http://technabob.com/blog/wp-content/uploads/2012/03/030712_new_ipad_1.jpg

 

Oleh : Shibli Nuqman

 

Baguskah “The New iPad” ini? Berbaloikah untuk anda membelinya? Apple baru sahaja menunjukkan tablet generasi ketiga mereka yang dinamakan “The New iPad”. Kenapa bukan iPad3? Kenapa bukan iPadHD? Phil Schiller memberitahu dalam satu temubual bersama Wall Street Journal bahawa mereka tidak mahu Apple menjadi “predictable” dan melakukan pembaharuan. Walau apa pun nama yang diberikan, sudah tentu ramai pencinta teknologi seluruh dunia mahu memiliki iPad baru ini bukan?

 

Terdapat banyak peningkatan di dalam iPad generasi ketiga ini. Ada yang ketara (Retina Display, Camera) dan ada yang biasa dan tidak diberitahu dalam keynote (Bluetooth 4.0, Battery).

 

Masih banyak yang boleh diperbaiki sebelum Apple membawa iPad ke suatu tahap yang lebih jauh. Sebab itu lah The New iPad ini masih mengekalkan design yang hampir sama dengan iPad2 dan bukannya design baru dan mempunyai apa apa inovasi baru yang mengejutkan. Apple juga mengekalkan harga yang sama dengan iPad2 iaitu bermula dari Rm1499 walaupun mempunyai skrin, kamera dan cip pemprosesan yang lebih hebat.

 

Berbaloikah untuk membeli The New iPad? Atau beli sahaja iPad2 yang kini lebih murah dengan harga dari Rm1199? Mari kita tengok apa yang ada pada The New iPad ini.

Continue reading

Apple Siri vs Android Google Voice

http://cdn1.mobilemag.com/wp-content/uploads/2012/01/iphone4s-vs-droidrazr.jpg

 

Motorola, yang kini dimiliki oleh Google, mengeluarkan sebuah video membandingkan Google Voice pada Motorola RAZR dengan SIRI pada iPhone4S. Motorola RAZR nampak jauh lebih hebat di dalam video tersebut. Anda boleh lihat video tersebut di bawah ini :

Ya, Google Voice dapat mengalahkan SIRI. Betulkah apa yang diiklankan oleh Motorola dan Google ini? Shibli juga mempunyai Motorola RAZR dan iPhone 4S. Mari kita kaji.

Continue reading

7 Sebab untuk memilih iPhone 4S berbanding Galaxy Nexus

 

Setelah lebih seminggu menggunakan smartphone Android 4.0 terbaru dari Samsung (Google) Galaxy Nexus, sedikit perbandingan iPhone4S telahpun ditulis. Adakah Galaxy Nexus ini mampu membuatkan pengguna iPhone berhijrah kepada Android? Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui.

Continue reading

Related Posts with Thumbnails