
iPhone, iPad atau iPod Touch anda rasa menjadi sedikit perlahan, ataupun sedikit “lagging”? Pening memikirkan cara nak kembalikan kelajuan seperti biasa semula? Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh cuba.

1. Matikan apps yang telah dibuka dalam tab fast switching. Tekan home button 2 kali, dan matikan semua apps yang telah dibuka. Ada apps memakan memori yang banyak dan melembabkan iPhone anda.

2. Restart iPhone anda. Lebih baik jika restart dengan menggunakan “Hard Reboot”. Tekan home button dan sleep button serentak, tunggu beberapa saat sehingga logo Apple muncul seperti di atas. Biarkan iPhone anda sehingga home screen muncul semula.

3. Buang atau delete apa-apa apps yang selalu hang atau crash. Jika anda selalu menggunakan apps tersebut, buang dan install semula. Kadang kala apps yang selalu crash akan mengganggu sistem iPhone.

4. Jika iPhone anda di jailbreak, pastikan anda tidak install terlalu banyak tweaks. Tweaks yang banyak seperti themes yang berat akan memakan memori dengan banyak dan menyebabkan iPhone menjadi perlahan. Install tweaks yang penting dan betul-betul diperlukan sahaja.

5. Update iPhone anda kepada firmware yang terbaru. Firmware terbaru biasanya akan menyelesaikan masalah-masalah yang ada pada firmware versi sebelumnya. (Jika anda jailbreak iPhone anda, pastikan tunggu release jailbreak untuk firmware tersebut, baru update.)

6. Restore iPhone anda seperti baru semula menggunakan iTunes. Ini adalah langkah terakhir jika semua langkah di atas masih belum dapat menyelesaikan masalah anda. Kadang kala restore sahaja yang mampu menghilangkan masalah yang berlaku terutamanya jika OS iPhone anda korup atau buggy pada update sebelum ini.
P/s : Masalah ini biasanya hanya berlaku kepada iPhone generasi lama seperi 3GS, 3G dan 2G kerana hardware yang tidak cukup. Jarang sekali iPhone4 menjadi slow atau lagging. Harap maklum
Jika anda ada cara lain untuk mengatasi masalah iPhone yang menjadi perlahan, sila komen di bawah. Terima kasih.
mad says:
macam mana klu sistem jadi jem,,cucuk kat komputer pon x naik ape2,,