Shibli Vision

Geek is Cool

Russell Peters di Malaysia Mei 2012!

Shibli memang seorang peminat Russell Peters sudah bertahun lamanya. Hampir semua full show ada disimpan pada Shibli. Dari ‘Intense Comedy Night’, ‘Outsourced’, ‘Show Me The Funny’, ‘Def Comedy Jam’, ‘UK Tour’, ‘Comedy Now’, ‘Red, White, and Brown’, ‘Green Card Tour’ dan banyak lagi. Semuanya ditengok berulang kali tanpa rasa jemu.

 

Russell Peters selalu sahaja membuat Comedy Tour nya di seluruh dunia termasuk negara jiran kita seperti Singapura, tetapi masih belum pernah membuat persembahannya di Malaysia.

 

Tetapi bulan Mei ini, sah Russell Peters akan membuat persembahan pertamanya di Malaysia. Tarikh dan harga tiket masih belum diketahui setakat ini, tetapi yang pasti memang Russell Peters akan membuat persembahan di Kuala Lumpur.

 

Facebook rasmi Russell Peters pada hari sabtu yang lalu menulis beberapa negara termasuk Malaysia, pada Mei 2012 dan detail nya akan diberitahu kemudian.

 

The Comedy Club KL pula pada hari Rabu menulis pada Facebook mereka seperti di atas. Semua orang tahu bahawa “Somebody’s gonna get hurt real bad” adalah tagline popular Russell Peters.

 

Jadi memang benar Russell Peters akan membuat persembahan Stand-Up Comedynya di Kuala Lumpur pada Mei ini. InsyaAllah jika ada kelapangan dan tiket yang tidak terlalu mahal, Shibli mesti akan pergi! :)

Obama juga seorang pengguna Produk Apple!

Manusia paling berkuasa di Amerika atau mungkin di seluruh dunia, Barrack Obama adalah seorang pengguna setia produk-produk Apple. Bermula ketika berkempen untuk menjadi Presiden, semua perasan bahawa hampir semua produk beliau adalah jenama Apple. Jom tengok gambar-gambar di bawah~

 

http://origin.arstechnica.com/journals/apple.media/x_obama2.jpg

Mungkin Macbook Pro milik peribadi Obama, mempunyai sticker PacMan.

 

http://www.macdaddynews.com/wp-content/uploads/2010/07/Obama_MacBook02.png

Laptop rasmi di pejabat, Macbook Pro dengan sticker kerajaan menutup lambang Apple.

 

http://www.gunaxin.com/wp-content/uploads/2008/11/obama_computer.jpg

Ketika bersantai. Kelihatan sebuah Macbook Pro dan sebuah Macbook White.

 

http://www.newsden.net/wp-content/uploads/2011/02/Obama-Steve-Jobs-dinner.jpg

Obama juga ada menjemput CEO Apple, Steve Jobs untuk makan sekali bersama dengan beliau di White House baru-baru ini.

 

http://cultofmac.cultofmaccom.netdna-cdn.com/wordpress/wp-content/uploads/2011/02/jobs_obama_detail.jpg

Gambar lebih dekat (Steve Jobs berbaju hitam)

 

http://www.dogwalkblog.com/wp-content/uploads/2009/01/obamamac.jpg

Lagi gambar Obama menggunakan Macbook Pro.

 

http://d2omthbq56rzfx.cloudfront.net/wp-content/uploads/2011/04/Barack-Obama-with-iPad-21.jpg

Ini adalah gambar terbaru Obama. Perasan tak apa yang beliau pegang tu? Tengok gambar bawah untuk lebih dekat!

 

http://d2omthbq56rzfx.cloudfront.net/wp-content/uploads/2011/04/obama-ipad-2-closeup.jpg

Wow! Obama pun pakai iPad2… hebat Mr President!

8 Fakta Mengenai Lamborghini

Lamborghini Murcielago

Lamborghini merupakan antara pengeluar kereta sport yang menarik perhatian dunia. Beberapa model yang menarik adalah seperti Countach, Diablo, Gallardo dan Murcielago. Berikut adalah 8 fakta yang perlu kamu ketahui mengenai jenama ini.

1. Lamborghini merupakan nama pengasas syarikat ini iaitu Ferruccio Lamborghini (1916-1993). Beliau membuka syarikat ini pada tahun 1963 pada usia 47 tahun. Kilang untuk membina kenderaan ini berada di perkampungan kecil Itali yang bernama Sant”Agata Bolognese di Bologna.

Lamborghini Gallardo

2. Beliau merupakan pembuat jentera traktor yang berjaya sebelum beliau berminat dalam industri pembuatan kereta sport. Akibat minat yang amat mendalam terhadap kereta jenis ini, beliau telah membeli beberapa kereta berkuasa tinggi termasuk Maserati dan Ferrari. Malangnya beliau tidak berpuas hati satu pun daripadanya dan berhasrat untuk membina kereta sportnya sendiri.

Lamborghini Countach

3. Lamborghini pada mulanya merupakan syarikat bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak. Tetapi kini, ia telah menjadi milik syarikat Jerman iaitu Audi AG yang telah bertukar hakmilik pada tahun 1998. Lamborghini diisytiharkan muflis pada tahun 1978 dan dijual kepada Chrysler sebelum Audi AG mengambil alih.

4. Kereta terpantas Lamborghini ialah Le Mans versi daripada model Murcielago R-GT. Ia dilaporkan memiliki kelajuan 370 km/j dengan enjin V12 berkapasiti 6000 cc.

Lamborghini Diablo

5. Beberapa model terbaru Lamborghini mempunyai “scissor door” yang boleh dibuka secara kedepan dan keatas tetapi model Gallardo tidak mempunyai pintu seperti ini. Model Countach dan Diablo tidak lagi dikeluarkan menjadikan Murcielago satu-satunya model terkini yang mempunyai pintu sedemikian rupa.

6. Tiada satupun kereta daripada Lamborghini yang dibina rendah daripada enjin V8. Kebanyakannya mempunyai enjin V12 dan hanya Gallardo yang mempunyai enjin terendah dalam kelasnya iaitu V10.

7. Kereta Lamborghini pertama dikeluarkan ialah 350GTV pada tahun 1963. Ia merupakan kereta terpantas pada waktu itu iaitu berkelajuan 280 km/j. Pada tahun 1964, versi yang kecil sedikit telah dicipta yang dikenali sebagai 350GT yang berkelajuan 240 km/j. Model Countach semenjak 1974 merupakan kereta pertama yang berkelajuan lebih daripada 300 km/j.

8. Pada tahun 1975, Walter Wolf iaitu seorang hartawan dan ahli perniagaan daripada Kanada bersama dengan pemilik perlumbaan F1 meminta Lamborghini untuk membina 3 buah model Countach berkuasa tinggi. Countach yang dibeli oleh Wolf mempunyai enjin yang sama seperti Countach prototaip dan boleh mencecah 315 km/j.

Download lagu raya MP3

Meh download lagu raya MP3 - baru terasa kemeriahan hari raya tetapi belilah CD yang original utk lebih kepuasan dan lebih kualiti :P

Fail disimpan di ziddu.com , maaflah kalau ofis korang block website ni.

Ahmad Jais – Dari jauh Kupohon maaf download

Aljawaher – Selamat Hari Raya download

Aljawaher – Ku pohon restu ayah bonda download

Aisyah – Pulanglah download

Aisyah – Setitis Cahaya Di Aidilfitri download

Aman Shah – Kepulangan Anakmu download

Anuar & Ellina – Suasana Hari Raya download

Asha Malik -  -  – Pulang Di Hari Raya download

Black Dog Bone -  -  – Cahaya Di Hari Raya download

DJ Dave -  -  – Menjelang Hari Raya download

Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya download

Handy Black -  -  – Cahaya Aidilfitri download

Jeffrydin -  -  – Musafir Di Hari Raya download

Khairil Johari – Sepasang Kurung Berwarna Biru download

M. Nasir -  -  – Suatu Hari Di Hari Raya download

P. Ramlee -  -  – Dendang Perantau download

Raihan & Nowseeheart -  -  – Hari Raya Untuk Semua download

Sudirman – Selamat hari Raya download

Saloma -  -  – Selamat Hari Raya download

Sharifah Aini -  -  – Suasana Hari Raya download

Siti Nurhaliza -  -  – Suara Takbir download

P Ramlee – Suara Takbir download

Sharifah Aini – Minal Aidil Wal Faizin download

Mat Saleh Nyanyi Belacan dan Paku

Hahaha comel jer mat saleh ni nyanyi lagi melayu.. pakai kain pelikat tak tahan tu…

Related Posts with Thumbnails