Shibli Vision

Geek is Cool

Review : HTC One X

Unboxing Video

 

Sebuah lagi smartphone yang dinanti-nantikan oleh pencinta gadget di seluruh dunia, HTC One X. Syarikat HTC yang merudum semenjak tahun lepas kerana terlalu banyak model yang dikeluarkan dan kewangan yang menurun, kini muncul dengan hebat untuk menjadi pengeluar pertama smartphone yang memiliki cip-pemprosesan 4 teras (quad-core). Hebatkah One X ini? Berbaloikah dengan harganya yang mahal? Baca sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai One X ini.

Continue reading

Russell Peters di Malaysia Mei 2012!

Shibli memang seorang peminat Russell Peters sudah bertahun lamanya. Hampir semua full show ada disimpan pada Shibli. Dari ‘Intense Comedy Night’, ‘Outsourced’, ‘Show Me The Funny’, ‘Def Comedy Jam’, ‘UK Tour’, ‘Comedy Now’, ‘Red, White, and Brown’, ‘Green Card Tour’ dan banyak lagi. Semuanya ditengok berulang kali tanpa rasa jemu.

 

Russell Peters selalu sahaja membuat Comedy Tour nya di seluruh dunia termasuk negara jiran kita seperti Singapura, tetapi masih belum pernah membuat persembahannya di Malaysia.

 

Tetapi bulan Mei ini, sah Russell Peters akan membuat persembahan pertamanya di Malaysia. Tarikh dan harga tiket masih belum diketahui setakat ini, tetapi yang pasti memang Russell Peters akan membuat persembahan di Kuala Lumpur.

 

Facebook rasmi Russell Peters pada hari sabtu yang lalu menulis beberapa negara termasuk Malaysia, pada Mei 2012 dan detail nya akan diberitahu kemudian.

 

The Comedy Club KL pula pada hari Rabu menulis pada Facebook mereka seperti di atas. Semua orang tahu bahawa “Somebody’s gonna get hurt real bad” adalah tagline popular Russell Peters.

 

Jadi memang benar Russell Peters akan membuat persembahan Stand-Up Comedynya di Kuala Lumpur pada Mei ini. InsyaAllah jika ada kelapangan dan tiket yang tidak terlalu mahal, Shibli mesti akan pergi! :)

Pengasas Apple, Steve Jobs meninggal dunia

http://media1-cdn.malaysiakini.com/401/1e8b679f3145643124e57aacf9d95722.gif

Sumber : Malaysiakini

 

Firma gergasi komputer dan teknologi maklumat, Apple mengumumkan bahawa pengasas syarikat itu, Steve Jobs meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 56 tahun.

bill gates and steve jobsDalam satu kenyataan ringkas, Jobs dilaporkan meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama.
Mengulas perkembangan itu, pengasas Microsoft, Bill Gates (kiri) berkata kematian Jobs (kanan) akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama.

Katanya, kematian Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.

“Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami,” katanya dipetik AFP.

“Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimilik Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya,” katanya.

Katy Perry is Freakin Ugly?

Ohai my lovely readers. Whats up? I hope y’all doing good. Today i’m going to talk about one of my favourite singer, Katy Perry. I thought she’s crazy beautiful. But after reading many articles on google, I am shocked! This is not a new story, mind you. This news was already on the internet couple of months back, but i didn’t get the chance to read it fully and i’m thinking it was fake at that time.

 

 

Now we’ve all been in the situation where you roll over in the A.M., look to your left, and see the would be smoke show that you nailed the night before has to be transformed into a female version of the crypt keeper. Here we have pop star Katy Perry looking rough after her loving husband Russel brand posted this unflattering pick of Katy onto Twitter.

 

Talk about looking like a bag of mashed up assholes! Let’s not post these morning pics of supposedly hot celebs anymore please. Slap some make up on that broad and throw a low cut shirt on her and we’re back in business. Thank you.

Respons Steve Jobs mengenai isu iPhone menyimpan data lokasi pemilik

Apple masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu panas simpanan data kemana kita pergi di dalam iPhone tanpa kebenaran pemilik. Bagaimanapun, CEO Apple iaitu Steve Jobs yang masih cuti sakit membalas satu email yang bertanyakan isu tersebut.

Laman MacRumors melaporkan bahawa seorang pembaca mereka telah menghantar email kepada Steve Jobs, bertanyakan mengenai isu iPhone menyimpan data lokasi kemana sahaja kita pergi, sambil membayangkan bahawa beliau akan berhijrah kepada Android jika Steve Jobs tidak memberikan jawapan.

Q: Steve,
Could you please explain the necessity of the passive location-tracking tool embedded in my iPhone? It’s kind of unnerving knowing that my exact location is being recorded at all times. Maybe you could shed some light on this for me before I switch to a Droid. They don’t track me.
A: Oh yes they do. We don’t track anyone. The info circulating around is false.
Sent from my iPhone

 

Steve Jobs telah menafikan bahawa Apple merekodkan pergerakan semua pelanggan mereka sebaliknya data lokasi hanya disimpan di dalam iPhone pemilik tersebut tanpa dimuatnaik atau dimiliki oleh sesiapa termasuk Apple.

 

Sementara itu, Google melalui telefon pintar mereka iaitu Android secara terang-terangan melakukan perkara yang sama, dengan alasan untuk kajian, pemerhatian dan kegunaan pengiklanan tanpa mendapat bantahan mana-mana pihak.

Sah iPad2 Dilancarkan di Malaysia 29 April!

http://jimmykathy.com/index.php/images/stories/technology/apple-ipad2-004.jpg

 

Salam dan selamat sejahtera semua pembaca ShibliVision sekalian. Shibli memang kenal dengan seseorang “orang dalam” dari Apple yang sangat sangat boleh dipercayai. Sebelum ini beliau juga yang memberi info kepada Shibli tentang pelancaran iPhone4 dan iPad1 di Malaysia, ternyata semuanya betul dan tepat. Minggu lepas, dia ada memberitahu Shibli bahawa Apple akan melancarkan iPad di beberapa buah negara lagi pada 29 April ini, termasuk Malaysia. Shibli tidak mahu post lagi di blog kerana kurang yakin dengan info tersebut.

 

Dan hari ini, “orang dalam” tersebut memberitahu bahawa Apple telahpun mengesahkan bahawa iPad2 memang akan dilancarkan di beberapa negara termasuk Malaysia pada 29 April ini. Walaupun begitu, Shibli tetap berhati-hati dan tidak percaya berita ini 100%. Tetapi seperti yang anda tahu, info dari beliau belum pernah salah lagi setakat ini.

 

iPad2 hanya akan dijual melalui Apple Store Online dan Apple Authorized Reseller seperti Machines, Switch, Macstudio dan beberapa lagi.Tidak lama selepas itu, Maxis juga dikatakan akan menjual dengan plan data.

 

Dari segi harga pula katanya tidak jauh beza dengan iPad1 dahulu. Shibli jangka kan iPad2 16GB WiFi akan bermula dari Rm1600. Jadi kepada yang sudah tidak sabar untuk memiliki gadget tablet yang sexy dan paling hebat ini, sediakan duit anda. Andaikata betul iPad2 dilancarkan 29 April, boleh pergi dan beli terus. :)

Apa yang terkini?

http://img823.imageshack.us/img823/2964/12209315.jpg

 

Salam dan Hai semua. Lama jugak rasanya tak jenguk blog peribadi aku ni. Biasalah hidup dekat Universiti ni, hari-hari kelas, malam pulak lepak dengan member kan. Takde la menghadap PC 24 jam macam time free dulu. So artikel ni aku saja nak tulis, takde ape-ape isu pokok pun.

 

Yang pertama, aku dan saudara Khai sedang sibuk membuat sebuah blog berita mengenai IT dan Apple yang berbahasa melayu. Sepatutnya website tersebut dibuka pada 20Mac haritu tapi sebab ada sedikit masalah dan sibuk, ditangguhkan seketika dan akan dibuka dalam masa terdekat. (Tunggu pengumuman rasmi dekat Facebook Fanpage ye.)

 

Yang kedua, masih ramai yang belum tahu aku juga mempunyai beberapa lagi blog yang mungkin berguna untuk korang semua. Pada yang beragama Islam tu, jom baca blog LoveLoveIslam.com, banyak ilmu-ilmu yang baik boleh dibaca dekat situ. Pada kaki download Movies dan TV Shows terutamanya, boleh pergi ke blog MegaFires.com. Aku selalu update latest TV Shows yang popular kat situ dengan link Mediafire yang laju tu sekali. Ok cukuplah korang tahu 2 blog tu dulu buat masa ni. Actually aku ada lebih dari 10 blog, tapi tak semuanya aku publish dekat umum.

 

Akhir sekali, aku sekarang memang tak berapa nak ada masa dan malas sangat nak update blog aku. Kalau betul-betul ada masa free baru lah aku update. Sekarang ni aku hanya aktif bertwitter dan berfacebook saja. So pada yang sudi tu follow2 lah Twitter ShibliVision ye? Dan news-news rasmi pasal projek terkini akan diumumkan melalui Fanpage ShibliVision. Sudi-sudi lah like sekali ok? :)

 

Thanks you all sebab always support aku! Appreciate sangat. God Bless, my friends. <3

Related Posts with Thumbnails