Shibli Vision

Geek is Cool

Why Steve Jobs is My Idol

Baru-baru ini, ada assignment yang mahu pelajar menceritakan tentang seorang tokoh jutawan dunia yang digemari dan perlu menulis karangan 1000 perkataan mengapa meminati dan mencontohi tokoh tersebut. Shibli memilih Steve Jobs dan berikut adalah karangan tersebut (Bahasa Inggeris).

Steve Jobs. Ranks 34th among billionaires in the United States. 110th in the world.

(Source : http://www.macrumors.com/2011/03/10/steve-jobs-ranked-worlds-110th-richest-person-with-net-worth-of-8-3-billion/)

Continue reading

Pengasas Apple, Steve Jobs meninggal dunia

http://media1-cdn.malaysiakini.com/401/1e8b679f3145643124e57aacf9d95722.gif

Sumber : Malaysiakini

 

Firma gergasi komputer dan teknologi maklumat, Apple mengumumkan bahawa pengasas syarikat itu, Steve Jobs meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 56 tahun.

bill gates and steve jobsDalam satu kenyataan ringkas, Jobs dilaporkan meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama.
Mengulas perkembangan itu, pengasas Microsoft, Bill Gates (kiri) berkata kematian Jobs (kanan) akan memberi kesan kepada dunia untuk tempoh yang lama.

Katanya, kematian Jobs hari ini sebagai satu kehilangan yang menyedihkan dan menyifatkan persahabatan antara mereka sebagai penghormatan yang tiada ternilai.

“Steve dan saya kali pertama bertemu hampir 3 lalu dan sehingga itu menjadi sahabat baik, rakan pesaing hampir separuh daripada hidup kami,” katanya dipetik AFP.

“Dunia jarang mempunyai seseorang yang mempunyai kesan yang besar seperti yang dimilik Steve, kesan yang akan dirasai berzaman lamanya,” katanya.

Steve Jobs letak jawatan kerana kesihatan yang semakin kritikal [Gambar]

TMZ hari ini memaparkan gambar bekas CEO Apple, Steve Jobs, 2 hari selepas perletakan jawatannya. Steve Jobs kelihatan sangat-sangat sakit, terlalu kurus dan tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri.

 

 

Shibli harap kita sama sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pengubah teknologi dunia ini. God bless Steve Jobs.

Terkini Mengenai Steve Jobs

http://www.washingtondispatch.com/sites/default/files/stevejobsadobe.jpg

 

Steve Jobs masih membuat semua keputusan-keputusan besar dan strategik di Apple, tetapi beliau tidak lagi terlibat dalam perkara-perkara kecil dalam setiap perkara di dalam Apple seperti sebelum ini, lapor MercuryNews.

 

Pertengahan tahun 2004, Jobs telah disahkan menghidap kanser dan melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan. Pada 14 Januari 2009,Jobs mengumumkan beliau mengambil cuti-sakit daripada menjadi CEO Apple selama 6 bulan untuk memberi fokus kepada kesihatannya yang masih tidak baik. Kemudian pada April 2009, Jobs telah dibedah sekali lagi, kali ini pembedahan ‘liver transplant’ pula, dan beliau kembali ke Apple setelah pembedahan tersebut. Pada bulan Januari baru baru ini, Jobs mengambil cuti-sakit lagi buat kali yang ketiga, dan yang terpanjang setakat ini.

 

Tim Bajarin, Creative Strategies di MercuryNews yang kerap bercakap dengan pihak atasan di Apple berkata, “Jobs memerlukan dirinya lebih banyak dirumah dari di Apple kerana kesihatan yang tidak baik, tetapi beliau tetap mengikuti semua perkembangan didalam Apple dan membuat keputusan untuk perkara-perkara yang besar.”

 

“Mereka memberitahu saya (Tim Bajarin), “Jobs masih selalu masuk ke dalam ofisnya, kerap bercakap dengan Tim Cook (pengganti CEO sementara), bermesyuarat dengan orang atasan dan bercakap mengenai Apple Store dengan mereka. Tetapi, Jobs yang terkenal dengan terlalu mengambil berat kepada semua detail dan perkara kecil termasuk kafeteria di dalam kampus Apple, tidak lagi berbuat demikian. Tugas-tugas perkara kecil kini semuanya diambil alih oleh orang lain, dan Jobs hanya fokus kepada perkara-perkara yang besar iaitu produk yang akan dikeluarkan.”

 

Dokumentari menarik mengenai Steve Jobs yang patut dilihat oleh semua pengguna produk Apple :

 

Part 1 : http://www.youtube.com/watch?v=TmToXAtLsDQ

Part 2 : http://www.youtube.com/watch?v=itDhJ38t2Ts&feature=related

Part 3 : http://www.youtube.com/watch?v=LEu_jKgs-RQ&feature=related

Part 4 : http://www.youtube.com/watch?v=tmxpKG2IdTg&feature=related

Steve Jobs Membuat Keputusan Tepat Untuk “Buang” Flash

http://i.zdnet.com/blogs/ipad-flashthoughts-365pel.jpg

 

Jason Perlow, seorang penulis web terkenal ZDNet mengatakan, “Setahun yang lalu, kebanyakan dari kami risau dan menganggap iPad tidak akan berjaya dan tidak boleh menembusi pasaran Netbook dengan tiadanya suatu perkara penting di dalam standard dunia internet iaitu Flash. Nampaknya kami salah.”

 

 

“Apa yang pasti, walaupun dikutuk hebat kerana tidak mempunyai sesuatu yang penting, produk tersebut dijual dengan begitu banyak sekali diluar jangkaan semua,” tulis Perlow lagi. “Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghentikan saingan-saingan Apple untuk terus mengeluarkan gadget-gadget yang mempunyai Flash. Adobe juga terus mengeluarkan Flash 10.2 untuk Android dan yang terbaru Flash untuk Honeycomb.”

 

“Tetapi, Gadget Android yang mempunyai Flash tidak pernah lari dari masalah. Kebanyakan Telefon Android di pasaran ketika ini tidak cukup berkuasa untuk memainkan website yang mempunyai Full-Flash dengan baik,” sambung Perlow. “Flash yang digunakan pada Android seperti “menelan” memori dan OS Android, dan kebanyakan pengguna Android akan “turn-off” plugin Flash kecuali ketika betul-betul mahu melihat Flash sahaja, baru lah mereka akan On semula.”

 

Perlow menyambung, “Nampaknya apa ramalan Steve Jobs mengenai Flash yang akan merosakkan keseronokkan dan pengalaman menggunakan peranti-mudah alih adalah sangat benar dan tepat!”.

 

Untuk membaca tulisan penuh beliau yang berbahasa Inggeris, klik sini. Selain itu, boleh juga baca tulisan peribadi Steve Jobs mengenai Flash pada bulan April yang lalu yang bertajuk Thoughts on Flash.

“Magical” Sangatkah iPad?

magical
Apabila Steve Jobs memanggil iPad1 sebagai “Magical” ketika pelancarannya pada tahun 2010, banyak pihak yang memandang serong terhadap beliau ketika itu dan menganggap perkataan “Magical” yang beliau gelarkan terhadap iPad1 itu adalah suatu penghinaan kepada dunia teknologi. Tetapi sekarang, Steve Jobs sudah membuktikan semuanya dan iPad kini adalah antara sebuah gadget yang paling berjaya dalam dunia teknologi. Walaupun begitu, kenapa kah seperti ada ‘perpisahan’ antara dua perkataan iaitu ‘Magic’ dan ‘iPad’?
http://img.ibtimes.com/www/data/images/full/2011/03/14/73996-ipad-2-sells-well.jpg
(Ribuan sedang beratur untuk membeli iPad2 di US)

Pertama sekali, tiada siapa menjangkakan iPad1 akan mendapat sambutan dahsyat di seluruh dunia. Bukan setakat penganalisis dan jurnalis, tetapi Apple sendiri tidak percaya bahawa mereka telah menjual lebih 15 juta unit iPad1 dijual dalam masa 9 bulan sahaja (April-Disember 2010). Suatu perkara yang hampir mustahil untuk berlaku kerana konsep gadget tersebut yang terlalu baru di pasaran dan iPad adalah tablet pertama yang dijual secara besar-besaran di dunia. Tiada sesiapa menjangkakan produk yang baru memasuki pasaran boleh berjaya seperti ini.
http://images.intomobile.com/wp-content/uploads/2011/03/steve-jobs-ipad.jpg
Seperti yang ramai telah katakan sebelum ini, Apple seperti mengetahui mereka mempunyai ‘sesuatu’ yang baru untuk dunia teknologi tetapi mereka sendiri seperti kurang pasti apakah kelebihan utama ‘sesuatu’ tersebut untuk menarik orang ramai membeli iPad mereka. Pelancaran iPad2 membuatkan semuanya kini nampak lebih jelas. Ada yang mengatakan bahawa iPad2 hanyalah sedikit penambahbaikan berbanding iPad1, dan ada juga yang mengatakan iPad hanyalah sebuah iPhone yang besar. Kedua-dua kenyataan tersebut adalah benar, tetapi mereka tidak memandang bahawa memang itu lah misi Apple, untuk menyajikan sesuatu yang lebih besar dan lebih hebat berbanding iPhone, untuk kepuasan pengguna mereka.
http://somosmac.com/img/somosmac/2008/10/jonathan_ive_apple_logo.jpg
Dalam satu temubual bersama The Daily Mail baru-baru ini, Apple Vice President of Designing, Johny Ive mengatakan :
The iPad reminds me of Arthur Clarke’s remark that ‘any technology sufficiently advanced is indistinguishable from magic’. I mentioned this to Jony and he told me they were thinking exactly that when the iPad was going through the studio.

http://www.redmondpie.com/wp-content/uploads/2011/04/r2hd_featured.jpg
Kerana perkataan “Magical” inilah setiap kali pelancaran iPad (iPhone juga termasuk), Apple tidak pernah memberitahu kepada umum berapa RAM, berapa GPU, berapa GHz Processornya dan kebanyakan detail mengenai teknikal di dalam produk mereka dirahsiakan. Apple langsung tidak mementingkan detail teknikal di atas kertas, mereka hanya mementingkan ‘experience’ atau keseronokkan pengguna apabila mereka memegang dan bermain-main dengan produk Apple. Sebab itu lah juga Steve Jobs tidak henti-henti bersenyum ketika demo iPad di atas pentas. Menggunakan iPad adalah seronok. ‘Experience’ nya juga seronok. Walaupun detail teknikal seperti A5 dual-core Apple mengalahkan Tegra dual-core di dalam Motorolla Xoom dengan jauh sekali, Apple tetap berdiam mengenai perkara tersebut, apa yang difokuskan adalah 100% pengalaman. Inilah kelainan Apple berbanding syarikat lain yang terlalu mementingkan detail teknikal di atas kertas.
http://www.mrgadget.com.au/wp-content/uploads/2011/04/apple-ipad-2_giveaway.jpg
Kerana itulah tagline iPad2 adalah ‘thinner, lighter, and faster’ (lebih nipis, lebih ringan, lebih laju). Bukan sebab 3 perkara tersebut adalah detail teknikal yang bagus, tetapi 3 perkara tersebut membuatkan keselesaan dan keseronokan menggunakan iPad bertambah.  Scrolling yang lembut dan tidak sangkut, ‘frame-rate’ yang lembut dan laju, web-browser yang laju dan papan antaramuka yang cantik, menyebabkan pengguna merasa seronok dan lupa bahawa apa yang mereka main itu adalah sebuah gadget biasa, kerana pengalaman dan keseronokan bermain itu menutup semua detail teknikal di atas kertas.
http://img.ibtimes.com/www/data/images/full/2011/03/03/70633-apple-ipad-2.jpg
Selain itu, iPad juga tidak memerlukan pengetahuan komputer PC atau Mac. Budak 2 tahun juga boleh bermain iPad dengan cekap sekali. Orang-orang tua juga boleh bermain iPad dengan seronok dan mudah. Hal ini tidak berlaku kepada komputer atau laptop kerana ia memerlukan mereka untuk belajar dahulu. Di sini lah kekuatan utama iPad – papan antaramuka yang terlalu senang dan mesra pengguna. Budak-budak dan orang tua juga tidak akan bertanya, “berapakah RAM iPad ini? Berapakah Processor iPad ini?”. Apa yang mereka mahukan adalah keseronokan ketika menggunakan gadget tersebut.
http://c.photoshelter.com/img-get/I00004f1XCQr.iAM/s/800/640/ipad-game-2.jpg
Akhir sekali, Apple telahpun membuktikan semua perkara di atas melalui sebuah iklan komersial di TV baru-baru ini bertajuk “We Believe“. Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah iPad merupakan gadget paling berjaya di dunia ketika ini, meninggalkan saingan-saingan mereka yang mempunyai detail teknikal yang lebih hebat, hanya kerana iPad memberi keseronokan yang “Magical”.

Obama juga seorang pengguna Produk Apple!

Manusia paling berkuasa di Amerika atau mungkin di seluruh dunia, Barrack Obama adalah seorang pengguna setia produk-produk Apple. Bermula ketika berkempen untuk menjadi Presiden, semua perasan bahawa hampir semua produk beliau adalah jenama Apple. Jom tengok gambar-gambar di bawah~

 

http://origin.arstechnica.com/journals/apple.media/x_obama2.jpg

Mungkin Macbook Pro milik peribadi Obama, mempunyai sticker PacMan.

 

http://www.macdaddynews.com/wp-content/uploads/2010/07/Obama_MacBook02.png

Laptop rasmi di pejabat, Macbook Pro dengan sticker kerajaan menutup lambang Apple.

 

http://www.gunaxin.com/wp-content/uploads/2008/11/obama_computer.jpg

Ketika bersantai. Kelihatan sebuah Macbook Pro dan sebuah Macbook White.

 

http://www.newsden.net/wp-content/uploads/2011/02/Obama-Steve-Jobs-dinner.jpg

Obama juga ada menjemput CEO Apple, Steve Jobs untuk makan sekali bersama dengan beliau di White House baru-baru ini.

 

http://cultofmac.cultofmaccom.netdna-cdn.com/wordpress/wp-content/uploads/2011/02/jobs_obama_detail.jpg

Gambar lebih dekat (Steve Jobs berbaju hitam)

 

http://www.dogwalkblog.com/wp-content/uploads/2009/01/obamamac.jpg

Lagi gambar Obama menggunakan Macbook Pro.

 

http://d2omthbq56rzfx.cloudfront.net/wp-content/uploads/2011/04/Barack-Obama-with-iPad-21.jpg

Ini adalah gambar terbaru Obama. Perasan tak apa yang beliau pegang tu? Tengok gambar bawah untuk lebih dekat!

 

http://d2omthbq56rzfx.cloudfront.net/wp-content/uploads/2011/04/obama-ipad-2-closeup.jpg

Wow! Obama pun pakai iPad2… hebat Mr President!

Inovasi kreatif Apple

MacBook dengan Built-In Projectors

http://img684.imageshack.us/img684/5207/659.png

Apple telah membukukan 563 paten di tahun 2010. Beberapa di antaranya akan dijadikan sebuah produk nyata dan mungkin akan mengubah dunia teknologi seperti yang telah mereka lakukan dengan iPod, iPhone, App Store dan iPad.

Petugas paten Apple, Jack Purcher dari Patently Apple, telah memonitor pematenan Apple sejak tahun 2006. Demikian seperti yang dikutip dari Mashable, Selasa (18/1/2011).

“Banyak yang bertanya kepada saya mengapa saya berfikir kalau Apple lebih inovatif dari yang lain. Saya biasanya menjawab pertanyaan tersebut dengan jawaban yang sama,” ujar Purcher.

“Perbezaannnya adalah pemimpin dan CEO Apple telah menginspirasi eksekutif perusahaan lain yang selama dekad demi dekad, memiliki visi kemana arah teknologi seharusnya,” tambah Purcher.

“Visi untuk gaya hidup digital sejak 10 tahun yang lalu masih terus berjalan sampai sekarang. Semuanya berawal dari visi dan itu adalah perbezaannya,” jelas Purcher.

Macbook dengan built in projektor adalah salah satu contoh barang yang dipaternkan oleh Macbook. Berikut adalah beberapa penemuan yang sudah dipatenkan oleh Apple, sebagaimana penemuan ini mungkin mampu mengubah lanskap dunia teknologi di masa yang akan datang.

Nota Kaki : Antara benda menarik yang juga dipatenkan oleh Apple pada tahun 2010 adalah iHeadset, Touchscreen iMac, iBike yang boleh disambungkan ke Mac dan banyak lagi. Tak sabar nak lihat Apple terus mengungguli dan mengubah landskap teknologi dunia!

Related Posts with Thumbnails