
Dalam Buletin Utama sebentar tadi, CEO Maxis, Sandip Das, berkata bahawa Maxis sedang bercakap dan berbincang secara rapat dan sulit dengan Apple untuk membawakan iPhone 5 secepat mungkin untuk dijual kepada pengguna Malaysia.
iPhone 5 dijangka akan dilancarkan pada 4 Oktober ini dan akan mula dijual dua minggu selepas pelancaran. Setakat artikel ini ditulis, Apple masih belum lagi mengesahkan tarikh pelancarannya.
Adakah Malaysia akan dapat iPhone 5 dalam bulan Oktober juga? Nampaknya begitu.
Update-update terkini mengenai iPhone 5, boleh follow twitter ShibliVision – http://twitter.com/#!/ShibliVision
[Akan dikemaskini jika ada berita penuh]