Shibli Vision

Geek is Cool

Fast and Simple Update

Semenjak aktif dekat Facebook dan Twitter ni, malas sungguh rasanya nak update blog. Tambah pula sekarang ada blog baru yang nak kena selalu update iaitu OhAppleMY kan, makin terbiar lah blog ShibliVision ini. Blog ini lah tempat bermulanya minat blogging Shibli dan di blog ini jugalah nama Shibli meningkat naik. Oleh itu Shibli tidak akan sekali-kali melupakan jasa blog ini. InsyaAllah akan update jugak semampu yang boleh. Terima kasih buat korang yang terus menyokong tanpa rasa jemu. Shibli hargai sangat-sangat.

 

Sejak kebelakangan ni memang Shibli sangat-sangat sibuk. Shibli dapat satu projek untuk membuat website kepada sebuah company Airport Limo KLIA. Selepas siap sahaja projek tersebut, satu lagi projek menanti. Sebuah company Air Jus buah-buahan terkenal pula, juga mahu aku membuat website untuk mereka. Alhamdulillah, rezeki Shibli. InsyaAllah akan cuba lakukan yang terbaik.

 

Kehidupan di Universiti MMU juga sangat padat. Bukan belajar sangat pun. Melepak je banyak. Hahaha. Pagi sampai ke petang kelas, lewat petang rehat sekejap, malam wajib keluar melepak dengan kawan-kawan. Jadi masa Shibli menghadap komputer memang terlalu sedikit iaitu lewat malam. Sebab itu lah sekarang ni Shibli hanya aktif berfacebook dan tweet sebab boleh main dari iPhone je.

 

Okay lah itu saja buat masa ni. Jam dah menunjukkan pukul 4pagi ni. Shibli menulis di kedai mamak sambil menonton bola Real Madrid vs Tottenham (Champions League). Hahaha. InsyaAllah akan diupdate lagi nanti ye. Salam~

Related Posts with Thumbnails
Category: Info, Others

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge