Via Blog Serius
Adakah ini rasis? Seorang perompak menyamar sebagai seorang lelaki berkulit hitam ketika merompak 4 bank dan 2 kedai di Ohio. Conrad Zdzierak (30) menggunakan topeng silicone yang dibelinya dari kedai kesan khas. Topeng yang dipanggil “The Player” itu dibeli dengan harga GBP450. Penyamaran Conrad sungguh realistik sehinggakan tiada seorang pun mangsa rompakan mengesyaki yang beliau bukan lelaki berkulit hitam.

Malang bagi Conrad penyamaran beliau tidak perfect. Ketika polis melakukan siasatan mereka menjumpai kereta Conrad di sebuah motel. Polis ternampak dye merah pada ruang dalam keretanya. Dye tersebut ialah perangkap yang dipasang pada wang yang dicuri dari bank. Ketika ditahan beliau berada didalam tandas. Topeng yang dipakainya dijumpai diatas katil.
But you gotta admit. This is one sweet way to rob a bank!