Shibli Vision

Geek is Cool

Inikah Gambar iPhone5 Sebenarnya?

Seperti yang anda tahu pada awal tahun lepas, iPhone4 telah leaked dan gambar-gambarnya telah tersebar luas beberapa bulan sebelum pelancarannya pada bulan Jun. Nampaknya adakah perkara sama berulang lagi tahun ini?

Beberapa keping gambar ini telah tersebar di sebuah forum di Vietnam yang memang popular dengan gambar-gambar yang dibocorkan dari Kilang Apple iaitu Foxxconn. Seperti sebelum ini, forum ini juga telah membocorkan gambar iPod Nano tahun lepas, iPod Touch dan Macbook Air.

Kali ini, bocor pula 3 keping gambar yang hampir pasti adalah rupa sebenar iPhone5. Tidak banyak perubahan dari segi luaran, cuma skrinnya lebih besar iaitu 4 inci dan tiada lagi Antenna di luar iPhone tersebut.


Gambar pertama ini menunjukkan skrin iPhone kini lebih lebar sehingga ketepi dan lebih panjang keatas sehingga dekat dengan speaker atas.


Gambar kedua ini menunjukkan bahagian kiri skrin yang juga semakin lebar sama dengan bahagian kanan tadi. Manakala di sebelah lubang headphone pula, tiada lagi ‘line hitam’ Antenna seperti iPhone4.


Gambar ini pula menunjukkan kedudukan Home Button kini ke bawah sedikit berbanding iPhone4 untuk memuatkan skrin 4inci. Line hitam Antenna juga sudah tiada di bahagian bawah.

Nampaknya Apple telah mengubah kedudukan Antenna pada iPhone5 ini. Tiada lagi Antenna diluar dan masalah “Death Grip” dan sebagainya. Sama-sama kita tunggu bulan Jun ini untuk melihat. Tak sabar rasanya untuk kepuasan yang lebih dengan skrin yang lebih besar ini :)

Related Posts with Thumbnails
Category: Apple, iPhone

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge