
Ini menjadi semakin gila. iPad2 kini memerlukan 4-5minggu penghantaran dari Apple online store. Ini bermakna kalau anda order iPad2 dari online store sekarang, ia tidak akan sampai di pintu rumah anda selama lebih dari sebulan!
Apple retail store di US juga kebanyakannya kehabisan stok. Ramai pelanggan yang pulang dari Apple retail store dengan hampa setelah beratur dengan begitu panjang. Ada yang terpaksa membeli model yang bukan pilihan mereka dan kebanyakannya pulang dengan tangan kosong. Apple online store pula pada mulanya menulis penghantaran akan dibuat dalam masa 3-5hari tetapi selepas beberapa minit berubah menjadi 5-7hari dan kemudiannya kepada 2-3minggu. Penghantaran kemudiannya berubah kepada 3-4minggu sehari selepas itu. Dan pada 12mac, ianya menjadi 4-5minggu untuk semua model.
Nampaknya demand untuk iPad2 ini jauh lebih hebat dari iPad1. Sebelum ini ramai penganalisis menjangkakan iPad2 tidak akan laku sebagaimana iPad1 dahulu kerana kata mereka Apple tidak melakukan banyak perubahan terhadap iPad2. Kini ada yang mengatakan Apple telah menjual lebih sejuta unit iPad2 pada hari pelancaran sahaja!
Nampaknya harapan untuk Malaysia mendapat iPad2 dalam masa terdekat ini agak tipis kerana demand di US sahaja sangat tinggi dan diluar jangkaan. Harap-harap Apple dapat mengatasi masalah stock shortage ini dan melancarkannya di seluruh dunia termasuk Malaysia secepat mungkin.
Dr Ameerul says:
Shibli..
Aku ada tengok video pelancaran Ipad2 oleh Steve Jobs. Tapi dia ada bgtau yang Ipad2 mula2 akan dijual kat US.
Pastu baru ke negara lain seperti Jepun, Perancis and negara eropah lain.
Yang peliknya takde pun dalam list negara kita. Singapore pun takde. Huh pelik aku. Adakah ni sebab Apple ban Malaysia sebab kite byk sgt jual barangan Apple dari negara lain?
Contoh mcm Iphone. Kat lowyat besepah iphone oversea set. Sedangkan set Malaysia berakhir dgn ‘MY’ di no siri. Adakah sebab tu?
Shibli says:
Negara kita mmg selalu lambat. Dia target yg high market dulu. Dekat Malaysia ni bape ketul je sangat peminat Apple.. heheh
Pasal iPhone set luar negara kat lowyat tu takde kena mengena..tu perkara biasa.. semua negara ada jual set dari negara lain.. terpulang kepada pembeli nak beli yg mcmana
Shibli recently posted..iPad2 di Malaysia Harapan Semakin Pudar