UPDATE : Video Penuh Keynote iPad2, KLIK SINI.







Seperti yang dinantikan sebelum ini, Apple hari ini secara rasminya telah pun melancarkan iPad generasi kedua. Melalui iPad 2 ini, Apple memperkenalkan beberapa perkara baru, termasuk rekabentuk baru, kamera hadapan dan belakang padanya, selain turut membawakan cip pemprosesan yang serba baru, iaitu Apple A5 dan turut sama didatangkan dalam warna putih.
Kamera hadapan dan belakang pada iPad 2 telah diperkatakan untuk sekian lama sebelum ini. Dengan adanya kamera hadapan, ianya kini membolehkan para pengguna menikmati panggilan video melalui FaceTime dengan mudah, selain pada masa yang sama turut membolehkan mereka merakamkan pelbagai detik menarik melalui kamera belakang padanya.

iPad 2 turut sama membawakan cip pemprosesan yang serba baru, yang membawakan prestasi CPU dua kali ganda lebih pantas, bersama-sama dengan sokongan grafik sehingga 9 kali ganda lebih pantas berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, Apple iPad 2 juga lebih 1/3 nipis berbanding generasi sebelumnya, dan beratnya lebih ringan berbanding iPad yang pertama. Dengan pelbagai penambah-baikkan ini, iPad 2 masih lagi mengekalkan penjimatan dan penggunaan tenaga yang lebih kurang serupa seperti sebelumnya, dengan bateri yang bertahan lebih daripada 10 jam.
iPad 2 akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 11 Mac, dan akan diperkenalkan diseluruh dunia secara berperingkat selepas itu. Harga jualan iPad 2 juga dijangka akan kekal seperti iPad yang pertama.
Shibli : Kalau korang nak tengok Full Specs iPad2 nih, KLIK SINI. Apa yang baru dalam iOS 4.3, KLIK SINI. Apps baru built-in dalam iPad2, KLIK SINI.
Kredit Gambar : Egadget | Laporan asal oleh : Amanz
Dr Ameerul says:
Salam shibli..
So cemana? dh plan ke nak beli Ipad 2 ni? hehe ko agak2 la kan, Ipad 1 jatuh harga tak? sebab harga Ipad 2 ni sama macam Ipad 1. Takpun diorang stopkan production Ipad 1.. huhu
shibli says:
Dr Ameerul, iPad1 dah pun diturunkan harga. Model 16gb sebelum ini Rm1549 kini hanya Rm1199. Boleh rujuk disini – http://store.apple.com/my/browse/home/shop_ipad/family/ipad?mco=OTY2ODA0NQ
Pingback/Trackback
[Update] DiGi Lancarkan iPad2 8Mac ini?