Blog ni kerja cerita pasal gadget je kan? Ntah ape-ape je. Biase la, orang gila gadget, hidup pun 24jam dengan benda-benda ni je. Sigh.
Harini nak cerita pasal perbezaan iPhone 4 Malaysia dan US (United State). Memandangkan aku membeli iPhone 4 US set dulu, sebelum Maxis launch la kirenye, so dapat lah aku buat pemerhatian tentang beza-beza dia dari segi software dan packaging. Jom kita usha satu-persatu.
[KLIK UNTUK BESARKAN]
Dari pandangan depan packaging kotaknya, takde perbezaan langsung.
[KLIK UNTUK BESARKAN]
Dari tepi pulak, korang boleh tengok yang kotak iPhone Malaysia lebih besar dan tinggi berbanding kotak iPhone US.
[KLIK UNTUK BESARKAN]
Ni pulak bahagian belakang kotak. iPhone US ada tulis hanya untuk carrier at&t. itu bermakna iPhone tu hanya boleh pakai simcard at&t dan tak boleh pakai selain tu. Kalau nak pakai dengan simcard lain maknanya kena hack dan tweak sendiri untuk unlock. Kalau nak baca segala mak nenek yang tertulis kat belakang tu, sila klik gambar tu untuk tengok sebesar-besar alam.
[KLIK UNTUK BESARKAN]
Ni pulak isi dalam kotak. Cable dan Earphone same. Plug lain-lain.
[KLIK UNTUK BESARKAN]
Ni lah perbezaan paling ketara dan penyebab kotak iPhone Malaysia lebih besar. Rupa-rupanya plug untuk Malaysia ni besar gedabak. Macam kak rosmah kita. Gyahahahaha. Eh nanti kene ISA pulak aku. ampun ampun ampun.
Gambar-gambar kat atas tu hanya perbezaan fizikal dan packaging je. Perbezaan software pulak tak banyak melainkan Set US kene unlock dan hack sendiri kalau nak guna simcard selain at&t. Malaysia set pulak memang dah official unlock ataupun memang dah unlock dari kilang lagi. Bagi aku packaging US set lagi cun, simple, dan kotak pun kurus keding je.
That’s all for now. Thanks sebab korang rajin baca blogĀ aku ni ye





amriami says:
klik2x..
shibli says:
haha thanks amri
asdf says:
bro, lu beli kat us berapa hinggit? member aku beli kat sana kosong kalu x silap la dlm rm1K jer.
shibli says:
mana dapat 1k bro… 699 us dollar kut kalo takde kontact… huhuhu
radin fadli says:
beli lagi satu ke bil?
shibli says:
takde laa.. aku gi rompak maxis sebijik… hahaha
asdf says:
ye ker, mahal gk la…
member aku dpt murah bro pasal member dia keje apple mesia n g kursus kat US dpt beli 2 bijik n harga 1k sebijik… untung badan
shibli says:
uihh jelees la camni… haha untung betul…
Kura says:
Shibli, yang kau beli (2-2) tu, ada masalah antennation x? Masalah yellow screen?
shibli says:
honestly antenna ade sikit je prob die, kalo genggam lama2 dia boleh drop 2-3 bar max. tapi bagi aku non-issue la pasal takde effect ape2 dan takleh drop call or ganggu quality call. aku dah try banyak kali dah. yellow screen? ade prob tu ke? tak penah denga pulak. aku punye oke je
Jayne says:
Hi, nak tanya,
Set US dr AT&T sama dgn Set Malaysia kan?
Sama blh letak sim card cuma yg Set US sdh lock kan?
Kerana sebelum ni kwan sy bg tau yg US set tak leh letak sim card~
Sy pun tk tau benar ke tak~
So minta tlg kat sini~
Joe Faiz says:
Jayne… US set tak boleh direct guna simkad Malaysia…guna Gevey Sim mungkin dapat membantu. Cari kat mudah.my.
pretty says:
nak tnye..sy baru dpt iPhone dr us.da ad gevey sim..tp ble masuk kan sim sy,xley Guna pula..kat line bar 2 tulis no service..mcmn nak wat ea?sy da follow smua instruction Da