Shibli Vision

Geek is Cool

iPhone 4 – Ori Camera vs Apple HDR vs Pro HDR

iPhone HDR photography

Ya, gambar-gambar diatas diambil menggunakan iPhone4 tapi tidak menggunakan fungsi Apple HDR.

Fotografi menggunakan HDR memang cool, dan idea Apple untuk meletakkan fungsi HDR di dalam iPhone nampak hebat di atas kertas, tapi realitinya, HDR yang Apple guna buat masa ini tidak dapat melawan kualiti HDR yang dapat dilakukan oleh developer di luar sana atau 3rd party apps. Saya sekarang tengah bermain-main dengan satu apps bernama Pro HDR yang berharga US Dollar 1.99 di iTunes. Anda boleh lihat perbezaan kualitinya melalui gambar-gambar di bawah ini, tiada tandingan!

iPhone HDR photography

Seperti yang anda dapat lihat, gambar Original iPhone kebanyakan bahagiannya lebih baik berbanding iPhone HDR. Tetapi kedua-dua gambar tidak dapat menandingi kualiti yang dihasilkan oleh Pro HDR App.

iPhone HDR photography

Lihat sendiri betapa bezanya Pro HDR App dengan Original dan iPhone HDR.

Tetapi sudah semestinya, dengan semua kehebatan Pro HDR App, terdapat juga beberapa kekurangannya. First, Pro HDR App mengambil sedikit masa (lebih kurang 10 saat) untuk capture sesebuah gambar sedangkan Original iPhone dan iPhone HDR mengambil gambar dengan kadar ‘instant’. Kedua, tangan anda tidak boleh bergoyang-bergerak dalam masa 10 saat tersebut, jika bergerak, gambar yang dihasilkan tidak akan menjadi sempurna. Ketiga, jika mengambil gambar menggunakan Pro HDR App di dalam kawasan yang berangin kuat, gambar boleh menjadi sedikit kabur dan blur.

iPhone HDR photography

Kesimpulannya, iPhone HDR dapat melakukan kerjanya dengan memuaskan tapi kalau nak kualiti terbaik, guna lah Pro HDR App. Pada yang anti-piracy, boleh beli Pro HDR App di iTunes dengan harga usdollar 1.99. Pada yang suka piracy macam saya, boleh jailbreak iPhone anda dan download Pro HDR App tersebut secara haram. Hahaha. Terpulang kepada anda.

Shibli Nuqman

Related Posts with Thumbnails
  • Kura says:

    Aku juga suka download secara haram! hahahahahahaha

    3GS capable ke?

    October 23, 2010 at 4:19 PM
    • shibli says:

      hehe sama lah kita bro. yup 3GS capable tapi kualiti tak lah sehebat iPhone4. Bro boleh try dan komen dekat sini. Member aku guna dekat 3GS dia kata ok cun je… :grin:

      October 23, 2010 at 7:19 PM
      • Kura says:

        pergh. bila lah stock iPhone4 nak sampai nih~ nafsu bergelora sudah ni~ hahahahahahahaha

        October 23, 2010 at 8:09 PM
        • shibli says:

          hahaha sabar2. same gak cam aku dulu seblom beli tu nak tido pun takleh dok teringat bila la nak dapat lol. ko dah booking blom bro? :mrgreen:

          October 23, 2010 at 8:58 PM
          • Kura says:

            dah 4 store aku book~ xtau la kalau sume dapat lambat~ hahahaha

            October 24, 2010 at 2:03 AM
  • Zahead says:

    apps ni pkai low shutter speed ( 10sec ). sbb tu gmbr goyang kalo just pgang pkai tgn. solution dia,gunala tripod. tp ada ke aksesori iPhone 4 utk mount kt tripod kamera? :-)
    Zahead recently posted..Zahead at Switch Gurney-Penang

    October 24, 2010 at 8:32 PM
    • shibli says:

      Zahead, ade jual stand utk iPhone4. Actually lens pun ade jual. Boleh tgk dekat google/web iPhone accecories. Tp agak mahal la sebab dari luar negara… ko suruh la Switch jual…. hahaha

      October 24, 2010 at 10:18 PM
  • Zahead says:

    ha ah. ak tau. lens pn ada jual. then underwater casing pn ada. pelik2 je.
    Zahead recently posted..Zahead at Switch Gurney-Penang

    October 26, 2010 at 8:08 AM
  • shibli says:

    jgn lah pakai case yg rm10-20 yg ciplak2 tu… buat calar fon je..material murah…huhuhu :|

    October 28, 2010 at 10:25 PM

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge