Aku tak layak membuat review. Tapi macam biasa lepas aku beli sesuatu gadget, mesti member-member aku paksa buat jugak, boleh diorang consider untuk beli satu hari nanti. Tapi ada jugak yang bermulut longkang yang mengatakan aku menunjuk dan berlagak bila aku buat review macamni. Suka hati korang la nak pikir ape kan? Janji niat aku baik nak bagi kawan-kawan buat rujukan. Ok?

KLIK TAJUK ATAU READ MORE UNTUK ARTIKEL PENUH
Design
Apple buat pertama kalinya mengubah bentuk iPhone dengan sangat ketara. Kalau iPhone 3G dan 3GS mempunyai “curve back”, iPhone 4 pula “Flat” sepenuhnya. Design yang dulunya lebih kepada lengkungan kini 4 segi sepenuhnya. iPhone 4 sangat-sangat lah nipis. Apple cakap iPhone 4 ni adalah smartphone paling nipis dalam dunia. Betul ke tak? Mane aku tau. Hahaha. 1st time aku pegang iPhone ni, damn, jauh beza rasanya dengan yang dulu. Aku rasa yang dulu lebih sedap pegang dan lebih grip sebab melengkung. Tapi lepas main beberapa jam, dah familiar dan rasa best.
Button-button pada body iPhone 4 ni jugak dah banyak berubah terutamanya button volume. Kini button volume dah diasingkan dan agak bagus jugak sebab lagi senang nak tekan button tu berbanding dulu. Pasal simcard pulak, iPhone 4 tak boleh pakai simcard biasa. Kena guna Micro Sim atau simcard generasi baru yang 2x lebih kecil berbanding simcard biasa. Micro sim ni hanya boleh dibeli di Maxis Center buat masa ni dengan harga RM 25.00.
Isu “Death Grip” atau Antennagate yang kecoh baru-baru ini mengenai design iPhone 4 yang mempunyai masaalah nampaknya tak mengganggu langsung. Jenuh jugak lah aku try grip bermacam-macam cara, memang takde effect pun. Kalau grip seluruh badan iPhone tu dalam 10 saat, bar drop jugak lah 1-2 bar, tapi tak effect line atau boleh sampai drop call. So benda-benda “Death Grip” ni dekat Malaysia takde ape pon. No worries

Screen
Skrin iPhone 4 adalah skrin paling cantik yang aku pernah tengok. “Retina Display” yang Apple cakap, memang terbaik gila! Text-text kecil semuanya sharp, huruf-huruf masa tulis message pun jauh berbeza. 960×640 resolusi skrin, yang paling hebat dalam dunia smartphone, tiada tandingan! Superb! Aku tulis banyak-banyak pun tak guna sebab korang kena tengok sendiri betapa gorgeous nya skrin iPhone 4 nih. Sumpah tak tipu.
Performance
Well iPhone 4 mempunyai Processor A4 1Ghz, sama macam iPad. Tapi, RAM iPhone 4 adalah 512mb berbanding 256mb yang digunakan dalam iPad. So performance iPhone 4 ni tak payah cakap lah macamana dia punya laju dan smooth. Takde lag langsung. iPhone jugak support apps iMovie yang boleh edit video dan save kan dalam format HD, terima kasih kepada ram dan processor yang tinggi menyebabkan boleh edit dan export video tanpa lag.
Capture gambar menggunakan iPhone 4 sangat-sangatlah cepat! Klik je button capture terus dia save, tak macam 3GS dulu yang kena tunggu sekejap untuk capture. Jauh bezanya, bukan sikit.
Camera
Camera juga menjadi tarikan utama iPhone 4 selain Skrin. Dulu bila sembang bab camera, iPhone ni jadi bahan lawak je dengan quality 2 megapixel yang sucks. Apple berjaya mengubah semua tu. 5Megapixel AutoFocus, LED Flash, Full 720p HD 30FPS Video recording. Jauh beza kualitinya berbanding 3GS. Sangat jauh. Nanti aku tangkap beberapa gambar guna iPhone 4 aku dan post dalam blog ni.
Camera depan pula hanya sesuai untuk video calling (FaceTime). Kualiti camera depan tak lah cantik sangat, macam camera biasa-biasa je, sesuailah untuk function video calling tu.
Battery
Battery untuk iPhone 4 ni double daripada iPhone 3GS (Apple cakaplah) tapi dari apa yang aku guna, memang battery dia jauh lebih tahan berbanding 3GS. Boleh guna lasak-lasak main wifi, games 3-4 hari dengan sekali charge. Memang puas hati dengan battery iPhone 4 ni.
Patutkan Anda beli?
Jawapannya, sudah tentu lah YA!. Tapi, bukan sekarang. Harga sekarang masih agak tinggi. Tunggu Maxis akan lancarkan pada bulan September ni. Dan kalau anda mampu, beli terus yang 32gb, sebab Apps untuk iPhone 4 ni dalam format HD, so size lebih besar. Rakam video jugak akan makan space iPhone super-banyak. Jadi tak rugi bayar lebih 3-4ratus kalau betul-betul guna. Macam aku guna 16gb je lah sebab aku ni tak suka sangat tangkap gambar atau rakam-rakam ni, aku just surfing and main games je.
Kesimpulannya, aku sangat-sangat berpuas hati dengan iPhone 4 ni. Layan gambar kat bawah ni. ~



Harap dapat membantu korang yang berminat nak pakai iPhone 4 tu. Setakat ni je yang aku mampu bantu. Ada apa-apa nak tanya pasal iPhone 4 ni sila komen kat bawah ye
UPDATE : Maxis dah pun launch iPhone4 pada 24 September 2010. So yang berminat nak beli boleh la usha2 website maxis or kalau dah konpem leh terus je pegi maxis center. bagi aku harga yang maxis tawar ni memang berpatutan
chin says:
ko da dapat? aku jeles T.T
chin recently posted..lagenda budak setan kembali!
shibli says:
takde laa tak dapat lagi… aku berimaginasi je… wakakaka
wandy says:
wah… kayanya shibli ni sampai dapat beli barangan terbaru apple…
wandy recently posted..Senjata Rahsia Adolf Hitler
shibli says:
haha bukan kaya. tapi memang minat gadget2 apple ni. so mana yang mampu tu boleh la beli.. hehe
radin fadli says:
takde masalah eh dengan death grip tu eh?ramai sangat kondem phone ni pasal ,masalah tu.Tapi ye lah dengar cerita dari org tak pernah pegang so tak boleh lah jadi rujukan.atleast shibli dah pengalaman pegang, boleh bagi review kira boleh jadi rujukan jugak hahaha…16G beli dalam 36oo eh?
radin fadli recently posted..stalker
shibli says:
takde langsung… kite kat malaysia ni network kita ok… bukan mcm kat US tu… signal diorang weak terutamanya ATnT… dah puas dah aku grip macam2 cara tp signal takmau drop… hahaha
shibli recently posted..Apabila Tom Anderson Join Facebook
radin fadli says:
terbaiklah kalau mcm tu, tunggu maxis bawa masuk tgk harga berapa,klu tk nk beli luar negara jep..member beli jauh murah harga dia
shibli says:
harga maxis 16gb 2499 32gb 2999…
sama mcm 3GS dulu… huhu
shibli recently posted..Apabila Tom Anderson Join Facebook
farah izzaty says:
haish..! bila nak kaya ni? nak beli semua gadget Apple.. hohoho.. sekarang ni mampu beli buah apple je.. hahaha..
farah izzaty recently posted..Maafkan Aku
shibli says:
buah apple lah paling afdhal… hehehe
farah izzaty says:
eh? yeke? bukan buah kurma ke? hahaha..
farah izzaty recently posted..Maafkan Aku
shibli says:
buah kurma time bulan pose jep… bulan lain buah apple la… hehehe
Kura says:
Dude, seriously, where’d u get the iPhone 4?
shibli says:
from someone who bought it from US. nah, no worries, maxis will launch it in no time
PUTERA TART TELO says:
Kbykan seller kt forum.lowyat.net jual 16gb <rm2500 pastu unlock dan xyah risau sal contract2 lg xyah nk terikat dgn 'maxis cutthroat' lg. cons cuma warranty must send to sg ler huhu~tp klu korg de sedare-mare kt sg bley gune add dorg beli dr itunes sg convert rm x sampai rm2300 rasenye huhu~juz sharing info…
PUTERA TART TELO says:
silap, bkn itunes tp apple store singapore hehe~
shibli says:
betul2. kalau takmau terikat ngan contract better beli singapore set je… harga pun tak beza banyak…
shibli recently posted..Ibu Terkecil Di Dunia
izulman says:
Hi, aku beli Iphone 4 kt sydney, beratur 1 jam setengah bagai nak rak! hahaha.
Ok je, takde nyer grip maut pe kebende semua. Ok je, lol. But bateri la, mcm kejap je la pak KO nyer ntah la, 2 hari than la kot,
izulman recently posted..7 Fakta Cinta- Fakta Menarik Tentang Wanita- Lelaki dan Hubungan
shibli says:
yup takde problem pasal grip tu. hehe
bateri memang standard camni… ni kire smartphone bukan handphone.. aku punye iPhone 3GS dulu setiap hari kene cas.. ni iPhone4 ok la 2-3 hari sekali baru cas..
Zm says:
Salam khai. Just nak tanya. Fist time dpt iphone tu kena charge 8 jam tak macam fon biasa? cos aku guna tiap-tiap hari pun kena charge T__T
Zm says:
Eh sory. salah nama pulak -.-”
shibli says:
hehe amboi aku ngan khai pon dah tak reti nak beza ke.. mentang2 lah kitorang 2 censored muka kan… hehe
btw pasal iPhone tu.. tgk cara penggunaan… kalau tak guna.. off 3G, Bluetooth, Notification, Location and set brightness bagi rendah… kalau banyak main games… mmg kena charge setiap hari la…. aku kurang main games.. aku banyak main facebook je dekat iPhone aku.. so biasanya aku charge 2-3 hari sekali…
Zm says:
haha sory do. btw, jailbreak tu kau wat sendiri ke? tak risky ke?
shibli says:
yup buat sendiri.. risky jugak..kena hati2 la.. kalau ikut betul2 step by step insyaallah takde ape… kalau ade problem ke ape boleh restore je balik…
cosmocrazewoman says:
best tak pakai iphone4. I guna htc hd2. I nak beli macbook pro tapi i risau nanti hd2 takboleh link pulak kat macbook.
cosmocrazewoman recently posted..One Stop Fashion Centre Online Boutique
teddy says:
nk tnya ape itu unlock dgn lock bg iphone?
myvitrd says:
aku memang tabiklah ko ni.. dari ipad pergi mac book dah tu sekarang iphone 4.. huhu.. memang terbaik dari ladang.. ko dah layak jadi DUTA apple..hehehe.. syabas bro
myvitrd recently posted..GiveAway EdY – Awak Busuk!
Ted says:
saya baru beli ip4
mmg best gile!
Kenda Hallet says:
I’m the least bit stunned at all that Steve Jobs and the giant of a corporation have so quickly reached ten billion apps for the iOS market and when 2012 creeps around the Apple app buyer ratings will very well top the 1 trillion point. Predicted estimates show that stock in AAPL will move up to nearly $550 per share by then, wow!
Pingback/Trackback
DiGi Lancarkan iPad2 8Mac ini?
keshev says:
brother i am interest in 4g i phones 35 to 50 of them so how much would that cost…..
and yeaaaa.. if u can help with that u could contact me
6478555055
or my wife4168097265
Pingback/Trackback
Fast and Simple Update
ayielaylay says:
aku bru angkt iphone4..tiptop!!
dan says:
nk tumpang tanya,mcam mana nak setting iphone 3gs supaya x makan credit…saya pakai top up jer,skli top up skejap jer hbis,pdhal x guna internet pn..
mastura says:
@dan : bukak setting>general>network>off kan ‘enable 3g’ dan ‘cellular data’
zyma says:
hye, sy mmg minat sgt iphone 4 ni.. n cdang nk beli n survey2 dlu, tp pas bce entry ni, sy nk thu la.. micro sim card yg maxis jual cntohnye, skali ngn free wifi @ 3G ke? so, mane2 kte leh lyn intrnet tnpa limit ke? tq
Julia Robyn says:
Iphone 4 is one of the best phones that I had so far. It’s worth the money
Julia Robyn recently posted..Rheumatoid arthritis – is Celebrex good for this?