Shibli Vision

Geek is Cool

iPhone 5 mempunyai Kamera 12.6 Megapixel, Rakam video 1080p?

Syarikat OmniVision sudah lama diketahui umum menjadi pencipta sensor kamera untuk kesemua model iPhone termasuk iPhone4. Syarikat yang bertapak di California itu baru sahaja memperlihatkan ciptaan sensor kamera terbaru mereka yang diberi nama OV12825.
Sensor terbaru ini adalah untuk smartphone model-model akan datang. Sensor ini yang akan bermula produksi besar-besaran bermula bulan Jun ini, mempunyai 12.6 megapixel resolusi dan boleh merakam video dengan kualiti 1080p dan 60fps (iPhone4 hanya 720p dan 30fps).
Walaupun masih belum ada mana-mana syarikat menempah sensor ini, Apple yang selama ini menggunakan sensor OmniVision, mempunyai peluang untuk menggunakan sensor ini di dalam iPhone5. Apple sebelum ini dikatakan akan mengenepikan OmniVision dan menggunakan sensor Sony 8 megapixel, tetapi dinafikan oleh Sony selepas itu.
http://blog.digitalrev.com/wp-content/uploads/2010/07/5features_iphone5.jpg
Gambar sekadar hiasan
Memandangkan iPhone4 mempunyai sensor kamera yang sangat cantik dan sudah sekian lama bekerjasama dengan OmniVision, ada peluang yang sangat tinggi untuk Apple menggunakan sensor ini untuk model iPhone akan datang. Jika hal ini berlaku, maka iPhone5 akan menjadi sebuah “handphone impian” untuk jurugambar dan “photographers” di luar sana!
Related Posts with Thumbnails
Category: Apple, iPhone

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge