Shibli Vision

Geek is Cool

iPhone5 dilancarkan hujung bulan Jun?

Berdasarkan laporan sebuah portal berita IT Korea yang boleh dipercayai iaitu ETNews.co.kr, Apple sedang merancang untuk melancarkan iPhone 5 pada minggu ke empat bulan Jun. Beberapa laporan lain juga telah mengesahkan bahawa Apple tidak akan melancarkan iPhone 5 pada event “Worldwide Developer Conferebce’ (WWDC) yang dijadualkan pada 6hb Jun. Tahun-tahun sebelum ini biasanya Apple menggunakan event WWDC ini untuk menunjukkan model iPhone terbaru mereka tetapi kali ini dikatakan Apple hanya mahu fokus terhadap iOS 5 dalam WWDC ini.

 

ETNews juga memberitahu bahawa Apple sudahpun bersetuju untuk melancarkan iPhone 5 serentak di Korea dan dijual melalui SK Telecom dan KT.

Event WWDC yang hanya memfokuskan sepenuhnya kepada iOS 5 tidak akan dihadiri oleh Steve Jobs yang masih dalam tempoh ‘medical leave’ kerana kanser. Sebaliknya Apple dijangka mengadakan satu lagi ‘special media event’ penghujung bulan Jun yang akan dihadiri oleh Steve Jobs sendiri untuk menunjukkan iPhone 5 tersebut.

 


iPhone 5 dijangka memuatkan Skrin yang lebih besar iaitu 4inci, Dual-core processor, grafik setanding iPad2, Kamera HD 8MegaPixel dan iOS 5 yang mempunyai ratusan ciri-ciri baru dan canggih.

Related Posts with Thumbnails
Category: Apple, iPhone

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge