Shibli Vision

Geek is Cool

Kelebihan Isteri Tak Cantik

Posting asal via isuhangat

Isteri anda tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?

Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:

LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.

Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SAFE
Peluang wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor HP, alamat e-mail, Facebook, dan sebagainya.

RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam, terkena matahari,tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi.

Isteri yang tak berapa nak cantik tidak segan-segan bekerja keras. Semua pekerjaan rumah, housekeeping, biasanya ditangani dengan baik. Tapi memang malang kalau isteri dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, suka melawan pula. Hehehe….

LEBIH TAAT

Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakannya isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”.

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang tak berapa nak cantik umumnya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah.

Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana sudah banyak kumbang kaya yang menunggu di luar.

Walau apa pun suami pun penting juga, ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit spt orang mengandung tapi tak beranak-beranak huhu, serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri tak berapa nak cantik kepada isteri yang cantik tapi jangan jadi senarai di atas sudah la.

Related Posts with Thumbnails
Category: Info
  • nursarah puteri biru says:

    ciri2 ni macam menidakkan bahwa ada gak perempuan cantik yang bercirikan ciri diatas. hurmmm
    nursarah puteri biru recently posted..setahun ini bakal tinggalkan kita

    December 7, 2010 at 9:33 PM
    • shibli says:

      hehe ade pmpuan cantik ciri2 mcmni jugak… tak dinafikan :mrgreen:

      December 7, 2010 at 9:40 PM
  • Radin Fadli says:

    Isteri cantik wahai isteri cantik…banyak betul penyakit..shibli,kenalkan aku dengan wanita kurang cantik hehehe :razz:
    Radin Fadli recently posted..Masih kah kau ingat

    December 8, 2010 at 2:57 AM
  • Hasbul Hadi Ariffin says:

    Ya saya berpengalaman. Isteri saya memang antara yang tercantik ketika di kolej dulu. Selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga:
    1. Ada seorang lelaki, kenalan saya juga, mengatakan yang isteri saya ‘love’ padanya. Ada respons yg baik dari isteri saya katanya.
    2. Seorang lelaki yang lain ber’sms’ dengan dia jam 2 pagi.
    3. Dia tak kisah pun kalau saya ceraikan dia.
    Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

    January 28, 2011 at 11:48 PM

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge