Shibli Vision

Geek is Cool

Mac OS X Lion, iCloud dan iOS 5 bakal dilancarkan Apple 6 Jun ini

Bukan lagi rahsia!

http://1.bp.blogspot.com/-CIaOd9ZOW3U/TeTtUOnFeuI/AAAAAAAAATk/qn4xlbTZbvM/s1600/wwdc+2011.png

 

Apple telahpun mengeluarkan kenyataan media hari ini :

 

Apple® CEO Steve Jobs and a team of Apple executives will kick off the company’s annual Worldwide Developers Conference (WWDC) with a keynote address on Monday, June 6 at 10:00 a.m. At the keynote, Apple will unveil its next generation software – Lion, the eighth major release of Mac OS® X; iOS 5, the next version of Apple’s advanced mobile operating system which powers the iPad®, iPhone® and iPod touch®; and iCloud®, Apple’s upcoming cloud services offering.

 

Berdasarkan kenyataan di atas, Steve Jobs yang masih dalam “medical leave” kerana masalah kanser akan berada di atas pentas pada pukul 1 pagi waktu Malaysia (7jun) dan akan menunjukkan kepada umum Generasi terbaru Mac OS X yang dinamakan Lion, iOS 5 untuk iPad dan iPhone yang akan membawakan ratusan ciri baru, dan servis terbaru dari Apple yang dinamakan iCloud.

 

http://4.bp.blogspot.com/-yXaqlguDvHo/TeTwo87iUMI/AAAAAAAAATs/tfv2y4QO-OA/s1600/Mac-OS-X-Lion.jpg

Mac OS X Lion yang menyatukan kehebatan Mac OS sebelum ini dan user-interface daripada iPad, akan dilancarkan secara rasmi oleh Apple untuk pengguna Mac seluruh dunia. Tak sabar rasanya untuk install Lion ni dekat Macbook dan alami perbezaan ketaranya :)

 

Sementara itu, iPad2 dan iPhone4 saya juga sudah tidak sabar untuk dikemaskini kepada iOS 5 yang pastinya lebih pantas dan hebat. Nantikan saja ciri-ciri baru yang akan ditunjuk oleh Steve Jobs. Pastinya Apple akan melakukan yang terbaik dalam iOS 5 untuk meninggalkan teknologi Android dan Windows Phone lebih jauh.

 

Dalam masa yang sama, Steve Jobs juga akan menunjukkan servis terbaru dari Apple, yang diberi nafas baru selepas MobileMe, dinamakan iCloud. Semuanya tanpa wayar dan disimpan di server Apple. Apa yang boleh disimpan dan di ‘sync’ kan? Sama-sama kita nantikan pengumumannya 6 Jun ini :)

Related Posts with Thumbnails
Category: Apple, Info, iPad, iPhone
  • karim says:

    shibli.. bila ura2 iphone 5 nak keluar?

    June 3, 2011 at 4:02 PM
  • wannizza says:

    bro minta tlg nak tanya….macbook 13” a1278 unibody buleh pakai snow leopard dak…..thanks…. :roll:

    June 21, 2011 at 6:14 AM

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge