Review : 2012 Macbook Pro Retina Display

Laptop ciptaan Apple, Macbook, sememangnya laptop yang paling dikagumi di pasaran sejak sedekad yang lalu. Macbook Pro digunakan oleh kebanyakan golongan profesional dan designer, manakala Macbook Air pula adalah ikon laptop ternipis dan ringan serta mempunyai prestasi yang laju. Setelah beberapa tahun, tidak banyak yang berubah, hanya hardware seperti cip-pemprosesan dan ‘ram’ sahaja dikemaskini setiap tahun tanpa perubahan design dan rekabentuk yang ketara.

Tetapi pada WWDC (Worldwide Developer Conference) 2012 berlangsung pada 11 Jun yang lalu, Apple telah mengumumkan Macbook Pro generasi baru dengan design yang berbeza serta mempunyai skrin HD yang resolusinya belum pernah dilihat pada mana mana laptop atau skrin di dunia ini, dipanggil ‘Macbook Pro with Retina Display’ (MBP RD). Hebatkah Macbook Pro generasi baru ini? Baca review sepenuhnya untuk mengetahui.

Unboxing Video

Hardware / Design

Ketepikan dahulu kehebatan skrin, hardware dan design MBP RD baru ini juga sangat hebat dan berkuasa tinggi. Hanya beberapa milimeter lebih tebal berbanding Macbook Air, walaupun jika diletakkan bersebelahan, Macbook Air lebih tebal kerana getah pada bawah Macbook Air lebih timbul berbanding MBP RD baru ini. Jika dibandingkan dengan Macbook Pro 15 inci yang biasa generasi sebelumnya, Macbook Pro Retina Display ini 25% lebih nipis dan juga lebih ringan.

Hampir semua apa yang ada pada Macbook Pro biasa juga terdapat pada MBP RD baru ini seperti keyboard dengan lampu backlit, multitouch trackpad yang besar, 720p HD kamera dan stereo speaker di bahagian kiri dan kanan keyboard. Apple mengatakan bahawa speaker di dalam MBP RD ini adalah yang terbaik yang mereka pernah hasilkan, dan ia sememangnya hebat. Bunyinya sangat jelas dan kuat. Bass juga sangat baik, seperti mendengar lagu melalui speaker dengan sub-woofer yang besar. Multitouch trackpad dan keyboard MBP RD ini sama sahaja dengan Macbook Pro biasa, seperti yang semua sudah tahu, trackpad dan keyboard Macbook adalah yang terbaik di pasaran.

Antara perubahan design yang bagus oleh Apple adalah pilihan tempat port nya. Kebanyakan port seperti USB, Thunderbolt dan lain lain adalah pada sebelah kanan pada Macbook Pro lama, dimana ianya sedikit semak dan menyusahkan, dan Apple telah mengubah design tersebut pada MBP RD ini.

Port di bahagikan kepada kedua-dua belah, di bahagian kanan terdapat USB 3.0 port, HDMI-out port dan Memory-card slot. Di bahagian kiri pula, terdapat satu lagi port USB 3.0, dua port Thunderbolt, headphone jack dan Magsafe 2. Ini adalah laptop pertama keluaran Apple yang menggunakan USB 3.o, mempunyai 2 thunderbolt (sebelum ini satu sahaja) dan port charge Magsafe 2 yang lebih nipis untuk lebih sesuai dengan MBP RD ini (Macbook Air 2012 juga menggunakan Magsafe 2). Oleh kerana design MBP RD ini sangat nipis, Apple juga membuang optical dvd-drive, firewire port dan juga ethernet port. Jika anda masih mahu menggunakan dvd dan port tersebut, anda boleh membeli external dvd-drive dan cable secara berasingan di Apple Store atau kedai aksesori Mac.

 

Retina Display

Macbook Pro Retina Display ini menggunakan skrin 15.4 inci dan resolusinya adalah 2880×1800. Lebih 5 juta pixels pada skrin hanya sebesar 15 inci. Anda mungkin biasa melihat skrin retina Apple pada iPhone 4/4S ataupun The New iPad (iPad 3), tetapi Retina Display pada Macbook baru ini sangat mengagumkan. Sangat sangat mengagumkan. Resolusi ikon kecil sahaja sudah 1024×1024. Bayangkan betapa detail dan tajamnya gambar dan tulisan pada skrin ini.

Selain itu, skrin ini juga menggunakan teknologi IPS dimana anda boleh melihat skrin ini dengan jelas sehingga sudut 178 darjah. Sekali pandang sahaja anda akan kagumi betapa terang, tajam dan detailnya skrin ini. Menggunakan skrin ini untuk melakukan kerja harian memang terasa bezanya. Melihat semula skrin lama pada Macbook Air, terasa begitu jauh perbezaannya, seperti laptop lama dan laptop moden. Susah untuk menerangkan mengenai skrin ini, anda perlu mencuba dan melihat sendiri untuk rasa kehebatannya.

 

Performance

Specs MBP RD yang Shibli gunakan adalah 2.3GHz quad-core Intel Core i7 processor, 8GB of 1600MHz DDR3L RAM, 256GB Flash dan NVIDIA GeForce GT 650M with 1GB of GDDR5. Specs yang pada pendapat Shibli agak hebat walaupun mempunyai design yang sangat nipis.

Bukalah aplikasi seberat manapun, bukalah video HD sebesar mana sekalipun, MBP RD melakukan semua tanpa sebarang masalah. Membuka iMovie, iPhoto, Safari, Chrome Canary, iTunes semuanya pada 1 masa, sedikit pun tidak terganggu atau menjadi perlahan. Shibli bukan sahaja mencuba video Full HD 1080p, tetapi Shibli memainkan video Quad-Full HD 4k bersaiz 600mb untuk video 2minit. Video tersebut sangat smooth dan tajam, tanpa sebarang lag atau sangkut-sangkut, tetapi bunyi kipas dapat didengari ketika memainkan video 4k ini mungkin kerana menggunakan kuasa yang digunakan sangat tinggi.

Setakat artikel ini ditulis, Shibli masih belum mencuba games yang menyokong retina display seperti Diablo III, tetapi dari apa yang dibaca dari Engadget dan lain-lain, MBP RD adalah sebuah ‘gaming machine’ yang hebat.

Update : Video Gaming Test, Uberstrike dan Call Of Duty Modern Warfare pada MBP RD dengan resolusi 2880×1800 dan setting grafik high/ultra.

 

 

Apps

Browser internet yang menyokong retina display pada ketika ini hanyalah Safari. Firefox dan Google Chrome boleh digunakan tetapi agak kabur dan tulisannya tidak berapa cantik. Walaubagaimanapun, Chrome versi beta yang dinamakan Chrome Canary sudahpun menyokong retina display dan boleh di muat turun.

Masih banyak aplikasi di dalam Mac App Store dan aplikasi penting lain yang masih belum menyokong retina display. Microsoft Office juga masih belum menyokong retina display. Sepatutnya Apple membuat persediaan awal dan memberitahu developer aplikasi aplikasi penting untuk mengemaskini aplikasi mereka sebelum Apple mengeluarkan MBP RD ini.

Apa pun, Shibli pasti satu persatu aplikasi akan dikemaskini untuk menyokong retina display dalam masa terdekat. Beberapa aplikasi sudahpun dikemaskini untuk MBP RD seperti Aperture, iMovie, VLC Player, Sparrow dan Reeder. Adobe telahpun memberitahu aplikasi mereka seperti Photoshop dan sebagainya juga akan mendapat sokongan retina tidak lama lagi.

Mac OS X Mountain Lion dikatakan akan menyokong penuh Retina Display berbanding Lion sekarang. Mountain Lion akan diberi percuma kepada semua pengguna MBP RD apabila dikeluarkan penghujung Julai ini. Salah satu langkah yang baik oleh Apple, kerana pengguna lain perlu membeli dengan harga USD 19.99 melalui Mac App Store. Shibli tidak sabar untuk kemaskini MBP RD Shibli kepada Mountain Lion untuk melihat perbezaannya.

 

Pricing

Harga yang premium dan mahal. Mungkin kerana Macbook pertama yang menggunakan retina display.

2.3GHz quad-core Intel Core i7, 8GB 1600MHz RAM, 256GB Flash, NVIDIA GeForce GT 650M with 1GB of GDDR5 memory : Rm 6799

2.6GHz quad-core Intel Core i7, 8GB 1600MHz RAM, 512GB Flash, NVIDIA GeForce GT 650M with 1GB of GDDR5 memory : Rm 8699

 

Wrap-Up

Pada pandangan peribadi Shibli, Macbook Pro Retina Display ini terlalu jauh di hadapan dan masih belum bersedia untuk diguna umum sekarang ini. Jika Steve Jobs masih ada, sudah tentu beliau akan pastikan semua aplikasi penting menyokong retina display dahulu, baru lancarkan dan jual kepada umum. Tetapi ini adalah laptop masa depan yang hebat, sudah tentu akan mula ditiru oleh saingan Apple seperti Samsung, Acer, Asus dan lain lain beberapa bulan lagi, sama seperti apa yang berlaku kepada Macbook Air yang cuba ditiru mereka.

Berilah masa dua hingga tiga bulan lagi, setelah kebanyakan aplikasi menyokong retina display, barulah MBP RD ini lengkap dan ‘perfect’. Macbook Pro biasa sudah hampir ke penghujungnya dan ini adalah Macbook masa-depan. Design yang nipis, hardware dan specs yang hebat serta skrin HD.

Berbaloikah membeli MBP RD yang mahal ini? Ianya bergantung kepada anda. Jika anda mahukan laptop masa-depan yang menggunakan skrin HD mengagumkan, designer yang pentingkan detail, mahukan kelajuan serta mempunyai bajet yang cukup, Macbook Pro Retina Display ini sudah tentu pilihan yang wajib. Tetapi jika anda tidak mempunyai bajet sebanyak itu, maka Macbook Air 13″ adalah pilihan terbaik.

 

Best : 

# Skrin HD yang mengagumkan

#Design yang nipis dan ringan

#Speaker yang sangat baik

#Specs Ivy Bridge yang hebat

#USB 3.0, Thunderbolt, HDMI-out

 

Tak Best :

#Banyak aplikasi belum menyokong retina display

#Tidak mempunyai Ethernet port dan Dvd-drive

Terima kasih kerana membaca. Sebarang komen peribadi lain mengenai Macbook Pro Retina Display ini akan di post di Facebook Shibli Vision dan juga Twitter ShibliVision :)

Related Posts with Thumbnails
If you enjoyed this post, please consider leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.

Comments

  1. ooo, gila ohsem, clear gila paparan retina tu… pergh harga pun cair, tengok pulak ironman belakang tu haha
    syahrilhafiz recently posted..Tips Atasi Masalah Laptop Overheating

  2. Memang ohsem.
    Hisyamz recently posted..Kelantan VS Queens Park Rangers

  3. phew~~~~~~~~~~~~~
    hampir terbeli!!! hahaha
    Paan Jr recently posted..Kenapa Anzalna Dengan Neelofa?

  4. tggu MBP RD utk 13 inch..hopefully ada..mesti harga dia murah sedikit..hehehe

  5. Memang boleh buat aku cair ni shibli,aku tungu mountain lion dah sedia pasang angkat hehe
    Lawrence Vision recently posted..10 TV Series Terbaik Untuk Menghilangkan Stress

  6. waa spec sangat cool..aku tunggu keluar skrin 13 inci baru angkat..tak bese skrin besa2 nie..hehe
    arrizz recently posted..Tips hilangkan demam dalam sehari saja

  7. style..
    style lagi ironman belakang tu. mana beli bro?
    Amar recently posted..Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Negeri Seluruh Malaysia 2012

  8. mana dapt sticker ironman tu?nak beli! ;-)

  9. Yg 13 inch dah keluar tp naper la tkde reduction price 15 inch 2.3GHz
    Grrrrrr

  10. Megat Khairul Nizam says:

    Bro, tolong bantu bagi penerangan skit, boleh ke install autocad n mapinfo dlm macbook pro??

Speak Your Mind

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge