
Apple Cinema Display model lama (kiri) hanya mempunyai 3 port USB di bahagian belakangnya dan memerlukan kabel berasingan untuk plug power, USB dan Mini DisplayPort. Apple Cinema Display model baru (kanan) mempunyai Gigabit Ethernet Port, FireWire800 dan Thunderbolt, semuanya dengan hanya satu kabel Thunderbolt (termasuk 3 USB, mikrofon terbina dalam dan Kamera HD FaceTime).
Tentu anda masih memikirkan apa yang patut dibeli? Apa kelebihan Macbook Air baru? Berbaloi kah? Mari kita lihat apa yang baru dihidangkan oleh Apple.

Mac Minis
1. Mac Mini model baru TIDAK lagi mempunyai DVD-Drive. Sama seperti Macbook Air. Apple meneruskan langkahnya untuk menamatkan zaman menggunakan CD dan DVD. Jika anda penting juga mahu menggunakan DVD-Drive, anda boleh membelinya secara berasingan.
2. Mac Mini baru menggunakan Processor yang lebih laju iaitu Sandy Bridge dan mempunyai sambungan Thunderbolt.

MacBook Airs
1. Kamera FaceTime didalam Macbook Air TIDAK dikemaskini kepada versi HD. Mungkin kerana skrin yang terlalu nipis tidak dapat memuatkan lens kamera berdefinisi tinggi tersebut, maka FaceTime menggunakan Macbook Air hanya lah pada resolusi biasa, tetapi masih cantik, smooth dan tajam gambarnya.
2. Mengikut penerangan Apple, ‘Oleh kerana kami meletakkan Flash Drive baru ini terus ke atas lagic board, ini menjimatkan ruang di dalam Macbook Air tersebut, sehingga 90% ruang.’ Jadi kemungkinan besar SSD di dalam Macbook Air baru tidak lagi boleh di tukar dengan saiz yg lebih besar. Jadi jika anda perlukan memori yang banyak, beli lah model yang bersesuaian dengan anda.
3. Seperti model sebelumnya, RAM Macbook Air dibina terus di atas logic board, jadi anda tidak boleh menambah RAM selepas membeli. Oleh itu, pilih lah model yang bersesuaian dengan kerja anda, dan jika mahu RAM yang banyak, configure Macbook Air tersebut di Online Store sebelum membeli.
4. Juga sama seperti model tahun lepas, Macbook Air model 11.6 inci tidak mempunyai slot SD card untuk membaca kad memori. Slot tersebut hanya ada pada model 13.3 inci.
5. Macbook Air model 2011 ini menggunakan cip bluetooth terbaru di pasaran, iaitu Bluetooth 4.0 berbanding Bluetooth 3.0 pada Macbook Air model lama. Bluetooth 4.0 menggunakan tenaga dan bateri yang jauh lebih rendah dan boleh memindahkan data dengan jarak sehingga 50meter.
6. Jika anda mempunyai Apple Cinema Display Thunderbolt yang baru, anda boleh menggunakan FireWire dan Gigabit Ethernet dengan hanya satu kabel Thunderbolt.
nasya says:
askm en shibli,,sy stdent n plan tok beli macbok air for my stdies..tp msih ragu2 lg sesuai or tidak 4 me tok gunekn lebih2 lg tok cos IT cm sy yg kne de progrming cm c++ sume..wht do u think?