
Salam dan selamat sejahtera semua pembaca ShibliVision sekalian.
Saya rasa beruntung kerana diberi peluang untuk review sebuah produk yang baru dilancarkan beberapa minggu lepas. Sebuah company Malaysia iaitu iWorld telah melancarkan sebuah produk yang direka khas untuk Macbook Air 11inch model tahun 2010. Ia merupakan sebuah sleeve untuk carry Macbook Air anda dan diberi nama yang sangat cool iaitu airVelope.

Ini adalah packaging airVelope tersebut yang belum dibuka. Memang cantik packaging ni. Nipis, simple dan elegan. Jatuh hati pada pandangan pertama. Bahagian atas covernya ada tertulis ayat “Attitude adjustment for the Macbook Air”.

Kualiti produk ini memang terbaik! Material yang digunakan juga sangat sedap dipegang dan tampak mewah dan bergaya. Terdapat dua “button” warna merah di bahagian belakang airVelope untuk dililit. Ini hanya option saja, kalau anda taknak ikat pun boleh kerana sudah ada pelekat di bahagian penutupnya.

Bahagian dalamnya juga begitu baik material yang digunakan. Macbook Air anda pasti berada dalam keadaan yang baik dan tidak akan bercalar di dalam airVelope ini.

Lihat lah betapa nipisnya airVelope ni. Memang cantik dan menawan kalau bawak pergi mana-mana pun. Kalau sebelum ni anda hanya memakai sleeve biasa untuk carry Macbook Air anda ke Starbucks, Oldtown atau mana-mana tempat melepak, jika pakai airVelope ini pasti menarik perhatian orang ramai. Warna putih yang berseri dan rekaan yang senipis ini, anda sudah tentu berada dalam kelas anda yang tersendiri.
Akhir kata, airVelope adalah pilihan terbaik kepada semua pengguna Macbook Air 11inch di luar sana. Kepada pengguna-pengguna Macbook Air sekalian, airVelope adalah pilihan terbaik anda. Itu jaminan saya. airVelope ini berharga 29usd setiap satu dan sekali penghantaran hanya 33.50usd total. Harga yang berpatutan untuk gaya dan kualiti seperti ini! Boleh order airVelope anda disini. Saya harap iWorld akan keluarkan airVelope untuk Macbook Air 13inch pula selepas ini. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk review produk hebat anda ini
Anonymous says:
nice review bro. memang plan nak beli macbook air 11 inci nih satu tak lama lagi. boleh beli airvelope ni terus.. hehe
Dr Ameerul says:
terbaekkkkk.. keep it up bro.. review yg sungguh iklas
Pingback/Trackback
ManilaMac for Macbook Air 13 inch
Pingback/Trackback
Review : Apple Macbook Air 2010 | Oh! Apple MY