Alhamdulillah, berkat rezeki Allah S.W.T, harini aku berjaya membeli sebuah Apple Macbook Pro. Dah lama plan nak beli laptop, tapi still kompius nak ambik Macbook Pro ataupun Dell Studio. Dan harini, aku memilih Macbook Pro dari Apple setelah membuat research beberapa bulan melalui internet.
Dalam hidup aku, aku tak pernah “sentuh” atau “familiar” dengan Mac OS (Mac OS ialah Windows bagi Laptop dan Komputer Apple). Dan aku rasa macam takut2 jugak sebenarnya nak guna Mac OS ni. Takut tak sesuai dengan aku, takut tak compatible dengan macam2 kerja yang aku buat dan lain2 benda lah. Boleh dikatakan aku ni PC guy, bukan Mac guy. ahahahah.
Tapi lepas aku buat research, nampaknya komen pengguna2 Macbook Pro seluruh dunia sangat lah membuat aku teruja. Ayat2 seperti “No more lag, no more hanging, no more stupid error, once you switch you never go back to windows” dan macam2 lagi yang aku baca buat aku rasa teringin nak mendekatkan diri dengan Mac OS nih.
Dari segi harga pula, Dell Studio lebih mahal berbanding Macbook Pro. Dell Studio berharga Rm 4899. Pergh!!!! dekat 5k beb. Niamakahai punya mahal!! Macbook Pro pula berharga Rm 3899. Ya, harga tu memang masih mahal jika dibandingkan dengan laptop2 brand lain seperti Acer, Compaq, etc. Dari segi design, memang Macbook pro menang la. Dengan size yang nipis, unibody aluminium, memang style lah!!
Aku beli Macbook Pro tu dekat Apple Authorized seller iaitu Switch di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Selain Macbook Pro tu, aku beli jugak sedikit aksesori untuk laptop tuh. Aksesori yang aku beli ialah Apple Wireless Magic Mouse, Apple Remote, Padcase serta Bag Macbook. Aksesori pun boleh tahan jugak mahalnya!!huhuhu.
Nasib baik brader cina yang ada kat Switch tu sporting nak mampos. Nama dia Charles. Dia siap ajar aku basic2 nak guna Mac OS nih… Thank you bro! Dan memang seperti yang dikatakan di internet, memang Mac OS ni super laju! super smooth! super grafik! memang superb la. Aku rasa Windows tu macam diperhanjengkan oleh Mac OS nih. wakakaka.
Dan balik rumah aku try try sendiri je explore laptop tu. Memang cool. Apa2 software yang kita nak masukkan dalam laptop nih, tak payah install or buat anything pun. Just download, and click. Siap. Drag and Drop. Gilaaa. Tak sangka aku punya la advance OS dia sampai semua nya boleh dikatakan Auto. Isn’t that amazing? (bak kata steve jobs. ngahaha)
Dan aku masih belum pro lagi dengan menatang nih, masih mencuba untuk ingat shortcut2 key yang baru dan sebagainya. Insyaallah nanti beberapa minggu lagi aku dah terer skit pakai benda ni, aku akan buat lagi satu review. Layan gambar2 kat bawah nih~
p/s : artikel ni takde niat nak menunjuk, bangga diri, bongkak, sombong dan sebagainya. cuma niat untuk berkongsi dengan kawan2 semua dan boleh menjadi rujukan korang untuk masa hadapan. salam






Luth Textile says:
bestla dah dapat apa yg kita idamkan. huhuhu
amat jeles sekali dgn produk yg berwarna putih. aww…
ermm.. ada mac book, ada iphone lengkapla hidup.. hehe
Shibli says:
haha.. bro… setakat ada benda keduniaan ni tak lengkap hidup.. kita kena bersyukur… beriman… beribadat… baru la lengkap hidup kita… hehehe
WakenaBEB says:
ekekeke…100% setuju…klu dah beriman, beribadat dan bersyukur pakai hphone 3310 dgn pc winxp pon dah lengkap idup
Zahead says:
Bro,bminat nk jd Switcher tk? Drop me your complete resume to,
zahid@switch.com.my/zaheads@gmail.com
Azizwan says:
jeles aku nengok macbook pro ni dowh.. huhu..
Anonymous says:
tak habis-habis dengan apple dia… menunjuk… beli barang tak laku… bape ketul je org pakai benda ni… ko mesti hasut justkhai suruh beli gak kan… skrg ni mamat tu pon dok tulis sal macbook je.. twitter, facebook, blog, sume nak tulis… poyo giler korang…. apple 1 sen pun tak bayar kat korang suruh promot…
myFirdaus says:
jap2…. beli barang x laku?? ko mksudkan MBP ni x laku??? hahahaa… so funny laa… MBP is one of the most popular Apple product… lagi pon, mybe kat Malaysia ni orang masih x terbukak hati sepenuhnya ngan MBP & Apple… and memang betol Shibli hanya berkongsi pengalaman. At least, dye dah bagi pandangan dye sebagai pengguna and kpd viewer yang lain yang masih x menggunakannya, ley dijadikan petunjuk sama ada produk ni baik or x…
myFirdaus recently posted..Review of MacBook Pro part1
fakhrulzakry says:
stupid. most of professional using MBP dude. dont talk bullshit tentang laku or not.
Khai says:
Mr Anonymouse,
Patut la aku tersedak2 ada orang sebut nama aku kat sini. Hehe. Shibli ni bkn nak menunjuk. Dia just nak sharing je apa yang dia dah lalui. Anda mungkin x lalui nya lagi (mungkin sbb duit tabung anda x cukup nak beli), so sebab tu anda rasa dia poyo.. Atau kata lainnya, anda cemburu..
Mmg la apple x bayar ntuk dipromote. Tpi knowledge benda2 macam ni, ditulis ntuk org yg minat nak baca. Kalau tak minat, button close sentiasa sedia untuk ditutup.
Tak perlulah tinggalkan komen sampai macam tu sekali memberitahu betapa kecewanya anda pada diri sendiri.
Wassalam.
shibli says:
haha… ade org butthurt… apple tak kasi 1 sen pun.. dan aku ngan khai 1 sen pun tak amik duit ko kan… hehehe anyway terima kasih sebab menegur… yang baik datangnye dari Allah.. yang buruk semuanya datang dari aku.. salam
Pingback/Trackback
Review : Apple Macbook Air 2010
amar says:
macbookade jailbreak gak ke?
mcm iphone n ipad.
kalau ade senang la nak pakai iwork ke ape ke.hehe
myFirdaus says:
urmm… x silap aku xde jailbreak… sbb aku lepas je install iwork 09… tp x try lagi laa nak update dye…. hehehe…
myFirdaus recently posted..Review of MacBook Pro part1
Hadi says:
tak tau bila la boleh dapat benda epal ni
Pingback/Trackback
Review of MacBook Pro [part1] | myFirdaus.com
shibli says:
Macbook bukan dipanggil jailbreak.. dia dipanggil cracked apps.. boleh gi google and download apa2 software mac yg dah siap crack or keygen..
Asma Radana says:
macbook ni pakai antivirus gak ke??
Emmet says:
aku pun tengah berkira2 nak beli lappy apple ni
kalau termasuk aksesori semua rm 3999 jugak ker?
Emmet recently posted..Penimbang Telur Ker
myFirdaus says:
nope… rm3899 just for the basic spec of MacBook Pro… Magis Mouse dlm rm299… remote controller lain harga….
myvitrd says:
wah sebelum ni beli ipad..sekarang dah beli apple mac book pulak..perggg kayo2..hehehe
myvitrd recently posted..GiveAway EdY – Awak Busuk!
sukamac says:
bro..nak tanya pasal iwork dengan final cut express tu..software tu boleh guna yang pirate punya ker? cara nak crack sama ker dengan windows os? baru beli macbook pro tadi..tapi xbeli software iwork tu..mahal sangat..
Pingback/Trackback
Review : Apple Macbook Air 2010 | Oh! Apple MY
Pingback/Trackback
Review of MacBook Pro – part1 | myFirdaus | myBlog
Newman says:
shibli…
nk tanya remote controller tuu blh guna untuk slide presentation x??
pastu kat mana nk dapat apple battery charger?
page apple malaysia x ade laa…
Shahrul says:
Nak tanye sikit pada otai barangan apple ni, sy nak beli MacBook pro 13′, tp Kat pasaran ade MacBook pro 13′ yg 2.3 dgn 2.4 beza harga dlm RM 300 yg mana patut sy beli nak beli mahal2 Blum mampu lg hehe, maklumbalas pada shibli amatlah diharapkan t.kasih
ata says:
MBP kalu install game cam PES2012, boleh run x? aku pun tgh berkira2 gak ank angkat sebijik…
untuk run autocad/inventor/after effect, ada problem x dengan MBP?
ata recently posted..Rentetan Memali Berdarah : Biarkan Sejarah Berbicara