
Salam dan Selamat sejahtera semua pembaca yg dikasihi. Harini Shibli nak buat review produk terbaru dari Apple iaitu iPad2. Sebenarnya iPad2 masih belum lagi dilancarkan di Malaysia ketika artikel ini ditulis. iPad2 yang Shibli miliki sekarang ini adalah set dari US yang dibawa masuk Malaysia. Saudara Khai juga telah membeli iPad2 beliau sendiri. Harap-harap dia pun buat review jugak. Baru best kan ada 2 review. Lain orang lain citarasa
iPad2 adalah gadget terbaru dari Apple setelah berjaya dengan hebat sekali melalui iPad1 dahulu. iPad1 yang terjual lebih 15juta unit pada tahun 2010 sahaja jauh meninggalkan saingan-sainganya yang hanya meniru tablet tersebut selepas iPad dilancarkan dahulu. Saingannya seperti Samsung Galaxy Tab, Motorolla Xoom, Toshiba Tablet dan beberapa lagi yang menggunakan Android OS tampak tidak memberi apa-apa saingan kepada iPad. Jadi kepada pemilik iPad1, adakah berbaloi untuk anda upgrade kepada iPad2? Juga berbaloikah pembeli baru untuk membeli iPad2 ini? Jom baca review penuh.
Hardware

Apa yang anda akan perasan bila anda pegang saja iPad2 ini, ianya sangat nipis dan lebih ringan berbanding iPad1. Kedua, designnya adalah sangat sexy! Jika anda memiliki iPad1, anda tahu bagaimana designnya yang cantik dan hebat, tetapi iPad2 ini membawa design tablet sepenuhnya ke arah baru yang lebih hebat dan tinggi. Dan seperti yang ditunjukkan Steve Jobs semasa keynote nya, iPad2 adalah lebih nipis dari iPhone4! Ya, iPad2 hanya mempunyai ketebalan 8.8mm berbanding iPhone4 yang tebalnya 9.4mm. Sangat nipis!
Bahagian hadapan iPad2 tidak jauh bezanya dengan iPad1. Skrin 9.7 inci (1024x768pixels) dan Home Button. Apa yang membezakan iPad1 dan iPad2 adalah FaceTime Camera nya di bahagian atas. Walaubagaimanapun, kamera tersebut sangatlah halus dan kecil.
Dari segi luarannya, iPad2 sangatlah sexy, handsome dan menawan. Sangat selesa dipegang, rasa hebat dalam genggaman tangan anda. Serius tak tipu, anda perlu cuba sendiri merasai keseksian iPad2 ini
Internals / Display / Audio

iPad2 menggunakan Processor ciptaan Apple sendiri iaitu A5 Chip. A5 Dual-Core 1GHZ. Apple custom-design chip ini untuk memberikan kuasa maksimum dan dalam masa yang sama menjimatkan bateri. iPad2 juga mempunyai 512MB RAM. Pendapat peribadi Shibli, ia adalah sedikit rendah, sepatutnya Apple meletakkan 1GB RAM tetapi Shibli tidak mempunyai apa-apa masalah dengan RAM atau performance setakat ini. (iPad1 hanya 256MB RAM sahaja). Skrinnya pula sama sahaja dengan iPad1, resolusi 1021×768 dengan teknologi IPS yang boleh dilihat dari sudut sehingga 178darjah.
iPad2 juga mempunyai beberapa model. Yang pertama macam biasa, model Wi-Fi sahaja, Model 3G Verizon (tidak terdapat di luar US), dan model GSM yang boleh digunakan di seluruh dunia. iPad2 juga memuatkan fungsi Bluetooth 2.1+EDR, AGPS, Ambient Light Sensor, Accelerometer dan sebuah fungsi baru dalam iPad2 iaitu Gyroscope.
Dari segi Audio pula, Apple mengubah kedudukannya daripada bahagian bawah kepada bahagian belakang. Bunyinya ada peningkatan, tetapi tidak ketara. Bunyi iPad2 lebih clear dan sedap, tetapi tidak banyak berubah daripada iPad1 yang sememangnya sudah mempunyai speaker yang sangat baik. Tetapi jika anda gemar bermain music apps seperti GarageBand, anda memerlukan speaker luaran untuk bunyi yang lebih baik.
Performance
Seperti yang ditulis diatas, iPad2 mempunyai Processor A5 Dual Core 1GHZ. Pertama kali Shibli bermain dengan iPad2 ini, nampak seperti sedikit lebih responsif dan laju pada iPad1. Selepas lebih 12jam bermain, memang banyak juga perbezaan dari segi kelajuannya, membuka applications, menukar application melalui multitasking, semuanya rasa lebih laju.
Pada Shibli, Performance dan Grafik iPad2 sangat hebat! Tak kira lah apa pun yang Shibli lakukan termasuklah bermain Blogging, Surfing, GarageBand, iMovie, Games yang Heavy, semuanya berjalan dengan smooth dan laju. Tiada lag. Dulu Shibli biasa mengalami sedikit lag dan kurang responsif apabila membuka banyak Tab dalam Safari pada iPad1. Tetapi iPad2 tiada lagi masalah tersebut. Memang terbaik!
Battery life

Apple menjanjikan Bateri yang sangat hebat pada iPad2 ini. Dengan Hardware Upgrade yang hebat seperti A5 chip, Grafik 9x lebih performance berbanding iPad1, lebih RAM dan sebagainya, Bateri iPad2 tetap boleh bertahan sama seperti model sebelumnya iaitu 10jam dibawah penggunaan berat dan berterusan. Dari apa yang Shibli cuba, memang betul. Wi-Fi on, main games, surfing, dengar lagu, capture gambar dan sebagainya, memang baterinya boleh bertahan hampir 10jam. Dengan designnya yang 2kali ganda lebih nipis, ini memang satu pencapaian menakjubkan yang masih belum boleh ditandingi saingan-saingan Apple.
Cameras

Okey Shibli akan bercakap jujur di sini. Camera iPad2 adalah tidak begitu bagus. Camera depan hanya sesuai dan cantik untuk buat FaceTime Video Call manakala Camera belakang hanya sesuai untuk merakam video kerana keupayaannya untuk merakam HD 720p. Kalau nak capture gambar, memang kurang sesuai kerana kualitinya sama dengan iPod Touch. Kalau di kawasan yang cahayanya terang, gambarnya boleh tahan cantik, tetapi kalau di kawasan gelap dan kurang cahaya, memang kualitinya agak mengecewakan. Nampaknya Apple memang tidak mementingkan kamera dalam iPad2 ini. Sekadar ‘cukup syarat’ sahaja.
Camera depan pula selain dari digunakan untuk Video FaceTime, kini terdapat Application PhotoBooth. Pada yang mempunyai Mac, anda pasti tahu betapa seronoknya bermain dengan PhotoBooth ini. Kualiti gambar PhotoBooth tidaklah mengecewakan dan banyak effects yang menarik dan kelakar. Application PhotoBooth ini memang ada siap dalam iPad2, tak perlu download atau install.
Smart Cover

Smart Cover adalah benda yang membuatkan iPad2 nampak lebih menarik dan unik. Dengan fungi auto-allign, memang dalam iPad2 sudah mempunyai magnet khas untuk Smart-Cover ini. Hanya dekatkan saja Smart-Cover ini dengan iPad2 anda, ianya akan automatik melekat dan allign menjadi sama dengan sendirinya. Sangat cool ok! Selain itu iPad2 juga mempunyai sensor khas untuk Smart-Cover ini. Jika anda selak dan buka saja, iPad2 anda akan automatik bangun dari sleep dan menyala. Jika anda tutup saja Smart-Cover tersebut, iPad2 juga akan sleep dengan sendirinya. Memang hebat!
Wrap-up dan Penutup

Mungkin ramai yang tak setuju dengan apa yang Shibli nak cakap ni, tapi competitors dan saingan-saingan Apple terutamanya Samsung dan Motorolla, anda masih jauh ketinggalan untuk berlawan dengan iPad2 ini. Walaupun dari segi Hardware, Motorolla Xoom tampil dengan specs yang lebih hebat, tetapi jika dilihat dari keseluruhannya, iPad2 tetap mengungguli dunia tablet. Dengan hampir 70 000 HD Apps khas untuk iPad dan lebih 350 000 apps iPhone yang juga compatible dengan iPad, masih banyak yang perlu dilakukan oleh mereka untuk menggugat dominasi iPad di seluruh dunia.
Adakah iPad2 satu tablet yang perfect dan betul-betul hebat? Tidak! Perkara seperti cameranya membuatkan iPad2 sedikit cacat. Tapi jika dibandingkan dari segi keseluruhannya, iPad2 adalah tablet terbaik yang ada di pasaran sekarang selepas iPad1.
Roslan Nazri says:
nak main 1st2 la..jap bc dulu
Roslan Nazri recently posted..Pra Tonton Xperia Arc Anjuran MobileFest & Sony Ericsson Malaysia
Roslan Nazri says:
pestime haha
Roslan Nazri recently posted..Pra Tonton Xperia Arc Anjuran MobileFest & Sony Ericsson Malaysia
SaifHazimie says:
Salam..
Great review – now waitin’ Khai’s article. Now do a video review
p/s: without doubt, IPad are now major player in tablet based system.
Encik Amman says:
Encik Amman recently posted..Siapa Penah dengar pasal Mblog
Radin Fadli says:
terbaiklah shibli.Mungkiin apple tak begitu menitik beratkan tentang camera.Flash pun tak di sertakan?performance iMovie dalam iPad 2 ni ok tak?lebih mudah digunakan ker?mungkin the next launch akan keluarkan camera berflash dan calling ability..huhuhu
Radin Fadli recently posted..Cydia oh Cydia
Shibli Nuqman says:
iMovie terbaik dowh. Mmg smooth dan laju je
syahrilhafiz says:
imovie ngancam dowh, bila la nak boleh sebijik ni..ekkeke
solehuddin says:
android boleh saingi apple os ni…android pn gempak gak …haha
solehuddin recently posted..Cinta Seorang Laki
shahar says:
salam bro, jailbreak utk ipad2 tak ada ke?
shahar says:
bro ko punya ipad2 dah jailbreak lom?
Pingback/Trackback
Tarikh Keramat Ubuntu 11.04 & Pelancaran iPad 2 Malaysia | SyahrilHafiz.Com
jutawan tokek says:
bro, mcmane nak jailbreak ipad2..?
mr.martwin says:
hye….who wants ipad2 16gb wifi at RM1450…kindly do contact@email me at mr.martwin@gmail.com….i’ll contact u back later..thanks