Unboxing Video
Sebuah lagi smartphone yang dinanti-nantikan oleh pencinta gadget di seluruh dunia, HTC One X. Syarikat HTC yang merudum semenjak tahun lepas kerana terlalu banyak model yang dikeluarkan dan kewangan yang menurun, kini muncul dengan hebat untuk menjadi pengeluar pertama smartphone yang memiliki cip-pemprosesan 4 teras (quad-core). Hebatkah One X ini? Berbaloikah dengan harganya yang mahal? Baca sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai One X ini.
Spesifikasi HTC One X
1.5GHz 4-teras (Quad-Core)
1GB Ram
32GB Memori Terbina Dalam
4.7inch 720p HD Super LCD 2 (Resolusi 1280×720)
8MP Kamera dengan HTC Imagechip
8.9mm ketebalan
Beats Audio
Android OS 4.0 Ice Cream Sandwich dengan HTC Sense 4.0
Design and Hardware
Smartphone yang mempunyai design paling seksi di pasaran setakat ini. Sukar untuk menggambarkan betapa cantik dan menawannya One X ini. Mungkin HTC banyak belajar daripada design-design model sebelum ini, dan ini adalah yang terbaik dihasilkan oleh mereka. Kualiti rekaciptanya sangat hebat. Badan belakangnya mempunyai design melengkung, menggunakan Unibody Polycarbonate yang kukuh dan tahan lasak. Cermin di bahagian hadapan pula menggunakan Gorilla Glass generasi kedua yang juga tahan calar dan lasak.
Bahagian lubang pembesar suara di hadapan dan belakang ditebuk halus menggunakan laser. HTC mengatakan bahawa lubang itu sangatlah halus sehinggakan air tidak dapat menitis masuk kerana titisan air lebih besar berbanding lubang tersebut. Entah betul atau tidak tapi itulah yang diberitahu oleh mereka. Di bahagian kiri One X ini, terdapat port Micro USB untuk cas dan juga boleh digunakan untuk HD-Video-Out. Bahagian kanan pula terdapat volume button yang besar dan mudah untuk ditekan manakala sleep button terletak di bahagian atas. Lampu LED untuk notifikasi pula diletakkan di bahagian bawah lubang halus di bahagian depan. Sesuatu yang pelik, tiada butang kamera pada badan One X ini.
Display
Apa yang Shibli boleh katakan, skrin HTC One X ini adalah yang terbaik dan tercantik di pasaran ketika ini. Dengan resolusi HD 1280×720, skrin ini tergolong dalam kategori Retina Display di mana mata kasar kita tidak dapat membezakan piksel piksel pada skrin tersebut. Pada pandangan Shibli, skrin HD Super LCD 2 yang terdapat pada HTC One X ini jauh lebih cantik, tajam dan timbul warnanya berbanding skrin AMOLED yang terdapat pada Galaxy Nexus.
Battery
Sebelum membeli HTC One X ini, Shibli tidaklah meletak harapan tinggi pada baterinya kerana spesifikasi cip 4 teras dan skrin 4.7 inci, tetapi selepas menggunakannya beberapa hari, baterinya tidaklah terlalu mengecewakan. Cas yang penuh boleh bertahan dari 8 pagi ketika pergi ke kelas, sambil bermain game, menangkap gambar, membuka facebook/twitter, mesej/call dan rutin biasa, pada pukul 6 petang masih mempunyai 28%. Tidaklah terlalu teruk tetapi tidaklah membanggakan. Hanya ‘average’.
Audio
HTC menggunakan tagline “Amazing camera. Authentic sound.” Authentic sound itu bermaksud bunyi yang sangat bagus dan sedap. HTC One X dilengkapi dengan teknologi Beats Audio. Tetapi, itu mungkin hanya sekadar strategi pengiklanan. Pembesar suara terbina dalam pada HTC One X ini bagus, sedap dan kuat, tidak seperti Galaxy Nexus yang mempunyai pembesar suara yang sangat perlahan. Earphone yang diberi pula hanyalah earphone biasa, bukanlah jenama Beats. Kualitinya juga baik, tidaklah begitu hebat. Tetapi, jika anda mempunyai earphone/headphone Beats Dr Dre, sememangnya bunyinya lebih sedap. Shibli menggunakan Beats Solo HD. Bassnya lebih dalam dan bergaung. Itu sahaja. Secara kesuluruhan kualiti bunyi pada One X lebih baik berbanding smartphone lain.
Camera
Kamera 8 Megapixel yang terdapat pada HTC One X ini juga merupakan antara yang terbaik di pasaran selepas iPhone 4S. Kameranya mempunyai lens f2.0, lebih baik daripada iPhone 4S yang mempunyai lens f2.4. Aplikasi kamera dibangunkan oleh HTC yang diberi nama ImageSense sangat mudah digunakan dan hebat. Mode gambar dan video kini disatukan, tidak perlu lagi toggle atau menunggu, semuanya sedia digunakan.
(Gambar indoor pada waktu malam)
(Gambar waktu malam, sangat kurang cahaya)
Menangkap gambar sangat pantas mengalahkan Galaxy Nexus, hanya 0.7 saat untuk menangkap satu gambar. Video pula dirakam dalam kualiti HD penuh 1080p. Apa yang menarik, ketika anda sedang merakam video, anda juga boleh mengambil gambar pada masa yang sama. Satu inovasi baru yang baik. Selain itu, jika tekan button capture secara berterusan, ia akan mengambil gambar Burst-mode dengan laju tanpa henti. Ia mampu menghasilkan 99 gambar dalam masa 30 saat. Boleh lihat video di atas sekali untuk demo.
Software
Shibli tidak mahu komen mengenai Android. Sedikit komen mengenai Ice Cream Sandwich telahpun ditulis pada Review Galaxy Nexus. Cuma apa yang menarik pada One X ini ialah HTC Sense 4.0 yang baru. Ia nampak lebih berat dan hebat, tetapi One X tidak mempunyai masalah untuk menjalankan semua kerja dengan baik terima kasih kepada cip 4-teras. Sense 4.0 kini lebih kemas, hebat, dan dipertingkatkan.
Wrap-Up
HTC telah berjaya mengeluarkan sebuah smartphone yang sangat hebat, berkuasa tinggi dan pada masa yang sama design yang seksi dan cantik. One X jauh lebih baik dari Galaxy Nexus. Speaker yang lebih kuat dan sedap, design yang lebih seksi, kamera yang lebih cantik dan hebat, juga skrin yang lebih tajam dan menonjol. Jika anda memang peminat Android, ini adalah smartphone yang terbaik untuk anda. Shibli sendiri sekarang lebih suka memegang dan bermain dengan One X berbanding 4S walaupun secara kesuruluran 4S lebih mudah untuk membuat kerja harian. Tahniah HTC, smartphone One X anda sememangnya hebat!
Best!
Skrin HD yang hebat.
Kamera yang luarbiasa.
Design yang sangat seksi dan nipis.
Speaker yang sedap.
Quad-Core yang sangat laju.
Tak Best!
Earphone Beats tidak diberi, perlu dibeli berasingan.
HTC Sense 4.0 masih belum sempurna.
Bateri yang kurang memuaskan.
Warna putih matte senang lekat kotoran.












Pehhh memang review yang detail lah. Kena tunggu saingan HTC One X ni keluar Samsung S3 hehehe
Lawrence Vision recently posted..Kucing Pun Makan Durian
So, kalau perlu pilih iPhone 4s atau One X, mana satukah menjadi pilihan?
AMiRU recently posted..Free Dota 2 Beta Keys
sah2 iPhone HAHA
soleheen recently posted..Cara Upgrade Xperia X8 : [rom] GingerDX v025
serius seksi gila..harga pun terlebih seksi..haha
xpe lepas ni nak try sony punya product pulak tengok macam mana
soleheen recently posted..Cara Upgrade Xperia X8 : [rom] GingerDX v025
Perghhhh,seksi btol htc One X ni. da ler putih… nipis bole tahan. Beats tu yg penting. bole wat birthday present utk wife ni. huhu
Finalcross recently posted..iPad Mini?
yg DOT lima utk apa?
Tu utk letak dekat dock dia
“Kamera 8 Megapixel yang terdapat pada HTC One X ini juga merupakan antara yang terbaik di pasaran selepas iPhone 4S.”
Kamera Nokia N8 pun belum dapat tandingi iPhone 4s…
htc one x atau nokia lumia 920 , mne lbeyh baik ???
bosss , teruk sangat ke battery die ? skrg dh update jelly bean ade upgrade tak battery performance ?
sy nk pakai buat fb , twitter , youtube dannnnn tethering. macam mana ?