Shibli Vision

Geek is Cool

Review : iPhone 4S

http://maxcdn.liewcf.com/blog/wp-content/uploads/apple-iphone-4s.jpg

 

Sedikit kekecewaan, iPhone4S bukanlah iPhone5 seperti yang kita semua harapkan. Khabar angin seperti iPhone yang lebih nipis, skrin yang lebih besar dan berbagai ramalan masih belum sedia ditunjukkan oleh Apple lagi, setakat ini. iPhone4S hanya kemaskini daripada iPhone generasi sebelum ini iaitu iPhone4, tetapi masih mampu mengagumkan pengguna dan saingan dengan cip pemprosesan yang lebih hebat, sama seperti yang digunakan pada iPad2, kamera yang lebih hebat, pembantu maya ‘SIRI’ dan lain lain. Apple mengatakan bahawa iPhone4S adalah “The Most Amazing iPhone Yet”. Benarkah? Sudah tentu. Tetapi baca sampai habis untuk mengetahui sama ada berbaloikah untuk membeli iPhone4S ini.

 

 

Hardware iPhone4S

http://www.geeky-gadgets.com/wp-content/uploads/2011/12/iphone-4-vs-iphone-4s-hardware.jpg

 

Apple masih mengekalkan rupa bentuk iPhone4 dimana reka bentuk ini adalah antara revolusi paling hebat dalam dunia smartphone. iPhone4 adalah antara sebuah smartphone paling cantik dan menggiurkan di pasaran pada tahun lepas. Pilihan material dan cara memproses oleh Apple tidak dapat ditandingi oleh saingan saingan seperti Samsung dan HTC, dan Apple tidak perlu mengubah langsung bentuk dan material ini untuk menjadikan iPhone4S sebuah smartphone paling hebat di pasaran.

 

iPhone4S masih menggunakan kaca penuh di bahagian depan dan belakang. Satu satunya benda plastik pada iPhone4S ini adalah home-button nya, dimana material lain pada badannya hanyalah kaca dan aluminium. iPhone4S sedikit lebih berat daripada iPhone4, meningkat daripada 137gram kepada 140gram tetapi tiada perbezaan yang dapat dirasakan bila memegangnya di tangan. Penggunaan kaca di bahagian depan dan belakang mungkin dipersoalkan banyak pihak kerana mempunyai risiko untuk retak jika terjatuh dengan kuat, tetapi kaca inilah yang membuatkan pengalaman menggunakan iPhone ini sangat sedap dan bukannya plastik murahan seperti kebanyakan smartphone lain. Apple juga meletak satu lapisan di atas kaca tersebut yang dipanggil ‘oleophobic coating’ dimana lapisan ini membuang minyak dan cap jari, antara yang terbaik di pasaran.

 

Kesemua butang butang pada badan iPhone4S juga sama dengan iPhone4. Sleep button, volume button, semuanya di tempat yang sama. Hanya silent switch button sahaja berubah ke bawah sedikit, kerana terdapat sedikit perubahan antenna pada bahagian atas iPhone4S untuk kualiti panggilan yang lebih baik. Kesemua butang aluminium sangat lembut dan mudah ditekan, respon juga sangat baik dan pantas, tidak seperti kebanyakan smartphone lain yang menggunakan butang plastik yang mudah rosak.

 

iPhone4S mempunyai cip pemprosesan dwi-teras (dual-core), sama seperti apa yang terdapat di dalam iPad2, yang telah terbukti kehebatannya. RAM nya pula masih sama seperti iPhone4 iaitu 512MB. iPhone4S pula mempunyai sebuah model baru berkapasiti 64GB disamping model 32GB dan 16GB. Selain itu, skrin iPhone4S juga masih menggunakan skrin yang sama dengan iPhone4, dipanggil ‘Retina Display’. Skrin ini masih antara yang terbaik di pasaran sehingga kini. Skrin 3.5inci ini memuatkan resolusi sebanyak 640×960 pixels. Sebagai contoh perbandingan, skrin Samsung Galaxy SII sebesar 4.3inci hanya memuatkan 480×800 pixels. Anda bayangkan sendiri betapa cantik dan tajamnya skrin iPhone4S. Walaubagaimanapun, pendapat peribadi Shibli sepatutnya Apple menggunakan skrin yang lebih besar pada iPhone4S. Tahun hadapan, mungkin.

 

Software iPhone4S (iOS 5)

 

http://scm-l3.technorati.com/11/10/11/53413/ios-5.jpg?t=20111011130750

 

iPhone4S didatangkan dengan iOS 5, yang ditunjukkan kepada umum pada bulan Jun yang lalu di WWDC. iOS adalah sistem-operasi (OS) smartphone paling ‘advance’, kata Apple. iOS 5 mempunyai banyak kemaskini hebat berbanding iOS 4 dahulu dimana iOS 5 mempunyai sistem notifikasi yang baru, SIRI, edit gambar/video, Wireless PC-Free, iCloud, iMessage, dan banyak lagi yang membuatkan pengalaman menggunakan iPhone lebih puas.

 

Battery iPhone4S

 

http://www.iphone-os.com/wp-content/uploads/2011/10/iphone-4s-battery.jpg

 

iPhone4 mempunyai bateri yang sangat baik berbanding smartphone lain, dan iPhone4S memuatkan bateri yang sedikit lebih baik berbanding iPhone4. Tetapi masalahnya, cip pemprosesan dwi-teras iPhone4S menggunakan lebih kuasa bateri berbanding satu teras pada iPhone4. Walaupun begitu, Apple menjanjikan 8 jam bateri untuk penggunaan 3G, satu jam lebih lama berbanding iPhone4 hanya 7 jam. Masa bersedia pula hanya 200jam untuk iPhone4S, berbanding 300jam untuk iPhone4, mungkin kerana hardware iPhone4S yang berkuasa tinggi memakan bateri lebih dan fungsi SIRI yang sentiasa bersedia.

 

Daripada penggunaan peribadi Shibli, bateri iPhone4S sedikit lebih cepat habis berbanding iPhone4. Pun begitu, ianya masih lebih baik berbanding kebanyakan Android termasuk Motorola Droid RAZR yang juga Shibli gunakan ketika ini. Shibli masih berharap dapat kekalkan bateri tanpa cas sehingga 24jam dengan aktif 3G, tetapi hanya dapat 18jam dengan penggunaan harian biasa. Mungkin teknologi bateri pada smartphone masih belum cukup bagus setakat ini.

 

Camera iPhone4S

 

Salah satu kemaskini paling hebat daripada iPhone4 kepada iPhone4S adalah kameranya. iPhone4S memuatkan kamera 8 Megapixel dengan lens f/2.4 (lebih baik dari iPhone4 iaitu f/2.8) dan illuminated sensor dimana Apple mengatakan sensor baru ini 73 peratus lebih sensitif kepada cahaya berbanding sensor pada iPhone4. Kamera iPhone4S mempunyai funsi Autofocus, Face-Detection, dan Flash. Kameranya juga merakam video HD-penuh 1080p dengan fungsi Image-Stabilization. Membuka aplikasi kamera dan menangkap gambar juga lebih pantas berbanding iPhone4, dan jauh lebih pantas berbanding saingan saingan iPhone.

 

iOS 5 juga kini mempunyai fungsi Picture-Editing dimana anda dapat edit gambar gambar anda dengan mudah. Anda boleh membuang Red-Eyes, Crop-Images dan meletakkan kesan khas (special effects) dengan mudah dan pantas. Boleh lihat contoh gambar yang diambil menggunakan iPhone4S di bawah.

 

(Klik untuk besarkan)

(Klik untuk besarkan)

SIRI

 

SIRI adalah fungsi yang dikhaskan kepada iPhone4S sahaja. Mungkin kerana perlukan kuasa cip pemprosesan yang tinggi, atau strategi marketing, hanya Apple sahaja yang tahu. Apa pun, SIRI adalah sebuah teknologi yang hebat, memahami bahasa inggeris perbualan harian biasa, bukannya inggeris baku, jauh meninggalkan teknologi suara yang terdapat pada komputer, Windows-Phone dan Android.

 

Ramai yang mengatakan bahawa SIRI langsung tidak berguna kepada orang Malaysia kerana hanya memahami slang American-English. Pada Shibli, perkara ini sama sekali tidak benar. SIRI faham 90% apa yang Shibli cakap, termasuk dalam suasana yang bising sekalipun. Anda hanya perlu cakap English dengan baik dan grammar ayat yang betul, dan tidak cakap terlalu laju. SIRI akan memahami dan membantu/menjawab soalan anda. Bermain dengan SIRI memang menghiburkan, lihat screenshot di bawah, perbualan Shibli dengan SIRI. (Maaf ada perbualan yang sedikit kotor).

 

Conclusion

 

Jadi, berbaloikah untuk anda membeli iPhone4S ini. Pandangan peribadi Shibli, jika anda memang minat dengan teknologi seperti SIRI dan mahukan kepuasan menggunakan smartphone pada tahap terbaik, iPhone4S memang untuk anda. Hebat, laju, tiada lagging dan masalah virus atau ‘hang’, skrin dan kamera yang terbaik, iPhone4S memang smartphone paling hebat di pasaran setakat ini. Jika anda sudah mempunyai iPhone4, tidak perlu beli iPhone4S pun tak mengapa. Perbezaannya tidaklah terlalu jauh dan besar. Kepada pengguna 3GS kebawah dan pengguna Android yang baru nak berjinak dengan dunia Apple, ini adalah pilihan terbaik anda. Smartphone terbaik, terpantas dan tercanggih di pasaran ketika ini. :)

 

P/s : Review ini hanya pandangan dan pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri, tidak di bayar oleh sesiapa. Tak perlu kutuk haters, bias, fanboy, dan sebagainya. Terima kasih.

 

Geek and Tech Lover,

Shibli Nuqman

Related Posts with Thumbnails
  • amr says:

    iPhone 4S terbaik!
    nak tanya sket, jailbreak ios 5.0 untethered dah ada ek?

    December 20, 2011 at 9:05 PM
  • sukacuka says:

    Geram pula bila tgk Siri ni boleh balas apa yang kita cakapkan.
    sukacuka recently posted..The Dark Knight Rises – Batman 3

    December 20, 2011 at 9:06 PM
  • fahmi ibrahim says:

    ip4s msih mengekalkan prestasi iphone seperti sebelumnya,, tapi memang sedikit kesal sebab design still sma dgn ip4, next gen harap dapat la beli.. ekekeke

    *btw ngape banyak sgt F**k you bla ckp ngn siri tu? Isk2…

    December 21, 2011 at 12:20 AM
  • Kaio Dot My says:

    terbaik lah bro. :) tunggu pasni aku lak pakai. hahah

    December 22, 2011 at 3:53 PM

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge