Seperti yang semua tahu, aku ni peminat dan pengguna setia produk produk Apple. Kenapa tiba-tiba review handphone Android pulak ni ey? Haha sebenarnya saja nak beralih angin sikit. Nak belajar pakai Android pulak. Since dari tahun 2008 lagi dah pakai iPhone, tak salah mencuba benda baru. Tapi aku still pakai iPhone4 untuk kerja-kerja dan online, handphone ni sebagai backup dan phone ke dua je. Aku belum rasa Android mampu mengambil alih tugas tugas yang aku selalu buat dekat iPhone.
Motorola pernah ungguli pasaran telefon bimbit dunia apabila mengeluarkan sebuah handphone lipat yang dinamakan Motorola RAZR pada tahun 2004 dahulu. Lebih 120 juta unit terjual di seluruh dunia pada ketika itu, dan kemudiannya Motorola tenggelam tanpa mengeluarkan produk-produk yang hebat. Spekulasi dan khabar angin baru baru ini mengatakan Motorola akan mengeluarkan sebuah lagi handphone nipis yang juga dinamakan RAZR, dan telahpun dilancarkan secara rasmi oleh Motorola pada 1 November yang lalu.
Smartphone tersebut dinamakan Motorola Droid RAZR. Motorola mengatakan ini adalah smartphone paling nipis di dunia. Memang badannya sangat nipis, ketebalannya hanya 7.1mm, berbanding Samsung Galaxy S II 8.6mm dan iPhone4S 9.3mm. Walaupun nipis, spesifikasi dalamannya tetap hebat dan berkuasa. Mempunyai cip pemprosesan dwi teras (dual core) 1.2ghz, 1gb RAM dan skrin 4.3″ Super AMOLED 540 x 960. Kameranya juga mempunyai perakam HD penuh 1080p dan 8MegaPixel untuk menangkap gambar. Spesifikasi yang hebat untuk handphone senipis ini.
Terdapat juga beberapa kelemahan pada Droid RAZR ini. Pertama, bateri yang kurang memuaskan. Kedua, ianya sangat ringan, rasa macam handphone murah china. Walaupun ringan, kualiti pembinaannya sangat hebat. Gorilla Glass tahan lasak di bahagian hadapan dan laser-cutted kevlar di bahagian belakang. Genggaman di dalam tangan rasa sedikit besar, mungkin sebab dah biasa dengan iPhone yang lebih kecil saiz badannya.
Itu saja kot, nak cerita pasal Android bukan bidang aku. Aku tak minat Android pun. Cuma memang aku suka dengan design handphone ni. iPhone tetap smartphone yang terbaik bagi aku. Cuma Droid RAZR ni berjaya menarik minat aku sebab design dan built-quality nya yang mengagumkan. Dari segi dalaman dan sistem operasi nya, sama sahaja dengan peranti Android seperti Samsung Galaxy SII dan lain lain





Ikhwan says:
-1 cara hang tulis entri ni macam nak tak nak je.. muahha
Ikhwan recently posted..Video Maharaja Lawak Mega Minggu Ketiga
Shibli Nuqman says:
Hahahah sorry benda yg aku tak minat sangat memang aku tak tulis detail detail mcm aku review barang Apple hihihihih
AMiRU says:
Peh.. phone idaman aku nih!! Haha nnt jumpa aku bawak skali ye natang ni aku nak try lambung2
AMiRU recently posted..What’s your number?
asdf says:
shibli, ko rasa bila ip4s nak masuk malaysia nie? singapore dah masuk kut
Pingback/Trackback
Shibli Vision | Review : iPhone 4S
Pingback/Trackback
Review : iPhone 4S | Oh! Apple MY