Shibli Vision

Geek is Cool

Review : Samsung [Google] Galaxy Nexus

http://androidandme.wpengine.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2011/10/galaxy-nexus-shorter11.jpg

 

Salah sebuah smartphone yang dinanti-nantikan oleh pencinta teknologi, Galaxy Nexus. Smartphone pertama yang mempunyai Android versi terbaru 4.0 iaitu Ice-Cream Sandwich dan Nexus ini dikira sebagai Smartphone milik Google yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Bagus kah Nexus ini? Berbaloikah membelinya? Adakah ia lebih hebat daripada iPhone4S? Baca sepenuhnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smartphone ini.

 

 

Spesifikasi Galaxy Nexus

 

4.65″ HD (1280 x 720) Super AMOLED
1GB RAM
16GB Memori
5 Megapixel Camera dengan LED flash (belakang) dan 1.3 Megapixel camera (depan)

 

Design and Hardware

 

 

 

Galaxy Nexus, kerjasama antara Samsung dan Google, adalah sebuah smartphone yang cantik. Design nya minimal dan kemas, sedap digenggam dan tidak terlalu besar seperti Galaxy Note. Mempunyai ketebalan 8.9mm, sedikit lebih tebal daripada Motorola RAZR dan sedikit lebih nipis daripada iPhone4S.

 

Sedikit kekecewaan, bahagian belakang Galaxy Nexus menggunakan gunmetal-gray plastic, tidak sehebat kaca seperti yang digunakan pada iPhone4S. Bahagian hadapan pula, Samsung menggunakan sejenis kaca melengkung yang dipanggil Contour Display, bukan Gorilla Glass seperti yang biasa terdapat pada kebanyakan smartphone lain. Ketahanan lasak dan calar kaca ini tidak dapat dipastikan. Speaker nya pula biasa sahaja, bunyinya tidak terlalu kuat dan tidak perlahan, sekadar sederhana.

 

Bahagian tengah bawah skrin tersebut, terdapat sebuah lampu LED bulat untuk notifications. Lampu LED tersebut menggunakan RGB, dimana ia boleh menghasilkan apa saja warna yang kita inginkan. Sebagai contoh, anda boleh setting notifikasi Twitter berwarna kuning, notifikasi Facebook berwarna biru, notifikasi mesej berwarna hijau, dan sebagainya. Di sebelah kanan terdapat On/Sleep button dan di bahagian kiri terdapat volume button.

 

Display

 

Galaxy Nexus mempunyai skrin yang sedikit lebih besar berbanding kebanyakan smartphone Android yang lain, iaitu 4.65 inci. Skrinnya sangat cantik, menggunakan teknologi Super AMOLED HD Display dan antara smartphone yang pertama di dunia menggunakan resolusi HD 720p. Resolusi skrin Galaxy Nexus adalah 1280×720. Ya, resolusi HD yang hanya biasa dilihat pada laptop atau komputer. Sangat cantik dan tajam, setaraf iPhone4S, pada pandangan peribadi Shibli. Ketajamannya hampir setaraf dengan ‘Retina Display’ 960×640 pada skrin 3.5 inci iPhone4S.

 

Battery Life/Performance

 

Disebabkan skrin yang besar bersaiz 4.65 inci dan beresolusi HD, baterinya tidak lah begitu baik. Jika anda menggunakan 3G setiap masa, memang perlu di cas setiap hari. Tetapi Shibli menggunakan 3G pada iPhone4S, jadi Galaxy Nexus ini tidak menggunakan 3G. Jika tidak digunakan dengan banyak, tahan 2 hari. Tambahan pula, Android versi 4.0 Ice-Cream Sandwich menggunakan lebih RAM untuk performance yang smooth dan laju, menyebabkan bateri habis dengan lebih cepat. Samsung ada menjual Extended-Battery Pack, dimana bateri tersebut mempunyai 2000MaH berbanding 1750MaH, tetapi perlu dibeli berasingan dan akan menyebabkan Galaxy Nexus anda sedikit lebih berat dan tebal.

 

Galaxy Nexus dengan bateri standard (kanan) dan extended-bateri (kiri)

 

 

Dari segi performance keseluruhan pula, Galaxy Nexus memang hebat. Semuanya smooth, responsive dan sangat laju. Mungkin Ice-Cream Sandwich banyak menyumbang dalam perkara ini. Android kini jauh lebih baik berbanding Gingerbread, walaupun masih tidak boleh menandingi iOS. Tidak kira lah anda memberi kerja berat sekalipun, termasuk multitask Google Earth, Facebook, Twitter, bermain games, edit video dan berbagai lagi, Galaxy Nexus melakukan semuanya dengan baik dan lag yang sangat sedikit.

 

Apps juga dibuka dengan sangat laju, laman web juga load dengan pantas, scrolling dan zooming di dalam browser juga kini lebih lembut dan laju. Selain itu, menginstall apps juga tampak jauh lebih laju berbanding smartphone dual-core android yang lain. Kombinasi Ice-Cream Sandwich dengan Hardware dari Samsung dan Google ini adalah yang terbaik di pasaran setakat ini.

 

Android 4.0 : Ice-Cream Sandwich

 

Jika anda sudah biasa menggunakan Gingerbread, ianya mempunyai banyak perbezaan ketara, seperti satu OS yang baru. Design nya banyak diambil daripada Android 3.0 Honeycomb, yang di khaskan untuk Tablet. Ice-Cream Sandwich kini boleh digunakan untuk smartphone dan tablet, satu usaha untuk memulihkan ekosistem Android menjadi lebih baik, dimana dalam perkara ini Android masih kalah teruk dan jauh di belakang Apple.

 

Setakat yang Shibli gunakan, masih tiada masalah stabiliti, hang, atau apa apa crash. Google telahpun mengeluarkan update 4.0.2. Galaxy Nexus adalah smartphone pertama yang akan menerima apa apa update, kerana ia adalah smartphone milik Google dan menjadi keutamaan berbanding smartphone Android yang lain.

 

Camera

 

(Indoor)

(Malam)

(Dalam bilik)

 

Galaxy Nexus mempunyai kamera 5 Megapixel. Kamera pada Galaxy Nexus ini bukanlah yang terbaik di pasaran, malah jauh ketinggalan berbanding kamera HD 8 Megapixel yang terdapat pada iPhone4S dan beberapa model Android lain. Tetapi, ia tidaklah mengecewakan. Gambar outdoor yang terang sangat baik, manakala gambar gelap dan malam mempunyai sedikit noise. Kelebihannya adalah ia menangkap gambar dengan sangat pantas, mengalahkan iPhone4S. Gambar ditangkap hampir instantly, di bawah satu saat.

 

Wrap-Up

 

Galaxy Nexus, dengan Ice Cream Sandwich, adalah smartphone Android terbaik di pasaran setakat ini. Ia tidak mempunyai banyak kelebihan untuk menarik pengguna iPhone, tetapi pencinta Android sudah tentu akan menyukainya. Shibli, sebagai pencinta Apple, boleh mengatakan Galaxy Nexus adalah sebuah smartphone yang hebat, dan Android, semakin lama menjadi semakin bagus. Berbaloikah pengguna iPhone berhijrah menggunakan Galaxy Nexus? Tidak. Tetapi, pengguna Android, ini sememangnya gadget wajib untuk anda.

Related Posts with Thumbnails
Category: Android

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge