
Salam dan selamat sejahtera semua pembaca ShibliVision sekalian. Shibli memang kenal dengan seseorang “orang dalam” dari Apple yang sangat sangat boleh dipercayai. Sebelum ini beliau juga yang memberi info kepada Shibli tentang pelancaran iPhone4 dan iPad1 di Malaysia, ternyata semuanya betul dan tepat. Minggu lepas, dia ada memberitahu Shibli bahawa Apple akan melancarkan iPad di beberapa buah negara lagi pada 29 April ini, termasuk Malaysia. Shibli tidak mahu post lagi di blog kerana kurang yakin dengan info tersebut.
Dan hari ini, “orang dalam” tersebut memberitahu bahawa Apple telahpun mengesahkan bahawa iPad2 memang akan dilancarkan di beberapa negara termasuk Malaysia pada 29 April ini. Walaupun begitu, Shibli tetap berhati-hati dan tidak percaya berita ini 100%. Tetapi seperti yang anda tahu, info dari beliau belum pernah salah lagi setakat ini.
iPad2 hanya akan dijual melalui Apple Store Online dan Apple Authorized Reseller seperti Machines, Switch, Macstudio dan beberapa lagi.Tidak lama selepas itu, Maxis juga dikatakan akan menjual dengan plan data.
Dari segi harga pula katanya tidak jauh beza dengan iPad1 dahulu. Shibli jangka kan iPad2 16GB WiFi akan bermula dari Rm1600. Jadi kepada yang sudah tidak sabar untuk memiliki gadget tablet yang sexy dan paling hebat ini, sediakan duit anda. Andaikata betul iPad2 dilancarkan 29 April, boleh pergi dan beli terus.
mopiko says:
http://admin.xenosystm.com/2011/04/24/5-sebab-kenapa-ipad-tidak-perlu-dimiliki/