
2 Smartphone terhangat di pasaran ketika ini. Samsung Galaxy Nexus dengan Ice Cream Sandwich dan Apple iPhone 4S dengan iOS 5. Hari ini Shibli nak buat perbandingan ringkas performance kedua dua smartphone ini. Jom tengok video di bawah.
Perbandingan 1 : Membuka aplikasi Angry Bird
Perbandingan 2 : Membuka dan loading aplikasi yang berat iaitu Blood and Glory
Perbandingan 3 : Browser dan loading blog ShibliVision.com
Perbandingan 4 : Membuka aplikasi Talking Tom Cat 2
Daripada video video di atas, anda boleh lihat yang iPhone 4S lebih pantas dan laju walaupun dari segi cip-pemprosesan dan RAM nya lebih rendah daripada Galaxy Nexus. Mungkin kerana skrin Galaxy Nexus yang lebih besar atau kerana OS nya, Shibli kurang pasti.
Sekarang, jom tengok perbandingan fizikal kedua dua smartphone ini pula.





iPhone 4S lebih nipis jika dibanding secara keseluruhan kerana bahagian bawah Galaxy Nexus mempunyai ketebalan melebihi 11mm manakala iPhone 4S mempunyai ketebalan 9.3mm dari atas sehingga bawah. Tetapi, bahagian atas Galaxy Nexus lebih nipis dengan hanya 8.9mm.
Jom tengok pulak perbandingan gambar yang diambil menggunakan kamera kedua dua smartphone ini. Galaxy Nexus mempunyai kamera 5 Megapixel manakala iPhone4S pula mempunyai kamera 8 Megapixel. (HDR dan Flash sudah Off)

iPhone 4S

Galaxy Nexus

iPhone 4S

Galaxy Nexus
Nampak gambar iPhone 4S lebih berkualiti dan lebih cahaya.
Setakat ini saja lah comparison pendek dan ringkas ini. Baru permulaan. Nantikan selepas ini artikel penuh untuk anda, kenapa perlu memilih iPhone 4S berbanding Galaxy Nexus. Stay Tune!
Ijat says:
android nih… xmenarik lah!!
Ijat recently posted..Usher/Monica – Slow Jam (BestCover untuk Tackle WANITA)
Pingback/Trackback
7 Sebab untuk memilih iPhone 4S berbanding Galaxy Nexus
Pingback/Trackback
7 Sebab untuk memilih iPhone 4S berbanding Galaxy Nexus | Oh! Apple MY