
Jason Perlow, seorang penulis web terkenal ZDNet mengatakan, “Setahun yang lalu, kebanyakan dari kami risau dan menganggap iPad tidak akan berjaya dan tidak boleh menembusi pasaran Netbook dengan tiadanya suatu perkara penting di dalam standard dunia internet iaitu Flash. Nampaknya kami salah.”
“Apa yang pasti, walaupun dikutuk hebat kerana tidak mempunyai sesuatu yang penting, produk tersebut dijual dengan begitu banyak sekali diluar jangkaan semua,” tulis Perlow lagi. “Walaubagaimanapun, perkara ini tidak menghentikan saingan-saingan Apple untuk terus mengeluarkan gadget-gadget yang mempunyai Flash. Adobe juga terus mengeluarkan Flash 10.2 untuk Android dan yang terbaru Flash untuk Honeycomb.”
“Tetapi, Gadget Android yang mempunyai Flash tidak pernah lari dari masalah. Kebanyakan Telefon Android di pasaran ketika ini tidak cukup berkuasa untuk memainkan website yang mempunyai Full-Flash dengan baik,” sambung Perlow. “Flash yang digunakan pada Android seperti “menelan” memori dan OS Android, dan kebanyakan pengguna Android akan “turn-off” plugin Flash kecuali ketika betul-betul mahu melihat Flash sahaja, baru lah mereka akan On semula.”
Perlow menyambung, “Nampaknya apa ramalan Steve Jobs mengenai Flash yang akan merosakkan keseronokkan dan pengalaman menggunakan peranti-mudah alih adalah sangat benar dan tepat!”.
Untuk membaca tulisan penuh beliau yang berbahasa Inggeris, klik sini. Selain itu, boleh juga baca tulisan peribadi Steve Jobs mengenai Flash pada bulan April yang lalu yang bertajuk Thoughts on Flash.