Salam 2 All. Salam Ramadhan =)
Harini aku nak meroyan melalut sikit pasal teknologi, it, gadget, dan brand. Yelah zaman sekarang sape tak pakai handphone, laptop, desktop, etc, etc. So aku nak fokus 1 brand je dulu harini, iaitu Apple.
Well, sapa tak kenal dengan Apple ni. Syarikat pertama yang berjaya mencipta komputer di dunia pada tahun 1970-an. Selepas beberapa tahun, Microsoft hanya meniru apa yang Apple dah buat, ubah sikit-sikit serta rebranding. Kalau takde Apple a.k.a Steve Jobs, kemungkinan tak wujudlah PC (Personal Computers) sampai lah sekarang ni. Itu serba sedikit mengenai sejarah Apple. Kalau nak tau lebih lanjut, macam biasa pakcik google sedia berkhidmat untuk anda. Hehehe.

1stly, aku nak cerita pasal handphone dulu. Sebelum tahun 2007, handphone sucks! hahaha bukan sebab tak canggih, tapi setiap handphone tu takde banyak application, dan tak boleh buat macam apa kita boleh buat sekarang, dari segi functionnya lah. Pada tahun 2007, Apple telah mengejutkan seluruh dunia dengan pelancaran iPhone. Handphone pertama yang memberikan pengguna lebih daripada sebuah handphone. iPhone ni kira macam mini-komputer jugaklah. Walaupun pada masa tu iPhone ni takde lagi kat Malaysia, aku dapat merasa jugak pakai iPhone tu. Aku suruh kawan beli dari US. Masa tu harga dia rm1999 kot tak silap aku.

Permintaan iPhone tersebut terlalu tinggi menyebabkan syarikat-syarikat handphone lain seperti Nokia, Sony Ericsson dan Motorolla berdarah otak untuk melawan populariti dan kecanggihan iPhone. Belum pun syarikat-syarikat ni dapat mencipta sesuatu yang boleh memberi saingan, Apple melancarkan pula iPhone 3G pada pertengahan tahun 2008. iPhone 3G lebih laju daripada iPhone asal dan mempunyai App Store, iaitu tempat mendownload application untuk iPhone anda. App Store ni lah penyebab utama iPhone menjadi kegilaan ramai orang. Beratus ribu applications dan games ada dalam app store tu.
Bermula pada 2008 lah syarikat-syarikat handphone lain mula mengeluarkan beberapa model handphone yang dikatakan mampu memberi saingan kepada iPhone. Operating System Android juga mula dilancarkan ketika itu. Tetapi dengan populariti iPhone yang terus meningkat, ditambah pula dengan App Store yang tiada tandingan, iPhone terus meluncur naik meninggalkan saingan-saingannya yang lain. Ketika ini Sony Ericsson, Blackberry dan Motorolla melancarkan beberapa model dengan menggunakan OS baru iaitu Android dan lain-lain. Waktu ni aku masih tetap dengan iPhone original yang aku beli dulu, takde duit nak beli iPhone 3G. Hahaha.

Masuk tahun 2009, Apple sekali lagi menunjukkan kehebatannya dalam bidang teknologi dengan melancarkan iPhone 3GS. “S” tu maksudnya “Speed”. Apple mengatakan bahawa iPhone 3GS adalah 2 kali lebih cepat berbanding iPhone 3G. Apple juga melancarkan OS baru iaitu OS 3.0 ketika ini yang memberi banyak fungsi-fungsi baru kepada iPhone. iPhone 3GS juga kini dilengkapi dengan fungsi GPS, Compass, Video Recording dan beberapa fungsi lain. Rakyat Malaysia bernasib baik ketika ini. Maxis membawa masuk iPhone 3GS ke dalam Malaysia. Apple terus gah dan mendominasi pasaran smartphone dunia. Masa ni aku beli iPhone 3GS dari Maxis, dan aku pakai sampai sekarang.
Selepas iPhone 3GS dilancarkan, syarikat lain berlumba-lumba mengeluarkan model mereka sendiri yang dikatakan mampu menyaingi iPhone dengan skrin yang besar dan touch screen. Sebagai contoh Sony Ericsson mengeluarkan Satio, Motorolla mengeluarkan DroidX, Google mengeluarkan Nexus dan macam-macam lagi. Tetapi Apple mengatakan setakat ini [2010], lebih 100juta unit iPhone telah dijual di seluruh dunia.

Pada bulan Jun 2010 baru-baru ni, sekali lagi Apple melancarkan iPhone baru, iaitu iPhone4. iPhone4 sangat berbeza dengan iPhone-iPhone sebelum ni. Design yang sangat nipis (Apple kata smartphone paling nipis dalam dunia), skrin berdefinisi tinggi (HD), kamera video HD, dan macam-macam lagi fungsi baru. Well Maxis dikatakan akan melancarkan iPhone4 dekat Malaysia ni dalam masa terdekat, so sesapa yang nak beli tu, ready-ready lah untuk pergi melaburkan duit ye. Hahaha. Inshaallah kalau ada rezeki lebih aku pun akan beli jugak satu hari nanti.
Disebabkan kejayaan dan ke’ego’an Apple, maka ramailah orang-orang yang menjadi Anti-Apple. Ada yang benci Apple, ada yang benci iPhone, sampai ada yang kata takmau beli atau sentuh barang-barang Apple la. Tu baru handphone. Belum masuk bab laptop (macbook), iPad, iPod dan lain2 product Apple lagi kan. What the frak la puak-puak ni? Bukan diorang tak suka sebab Apple tak bagus, tapi sebab Apple terlalu bagus dengan product-product diorang yang tak dapat ditandingi. Korang jealous sebenarnya kan? Well pada korang yang Anti-Apple tu, korang adalah LOOSER sejati. Hahahah. Jangan marah eh
Okaylah, cukup setakat ni bab iPhone. Nanti aku akan tulis sekali lagi [Part 2] bab iPad, Macbook dan iPod pulak. Product-product ni pun takde tandingan beb! See ya~
AMiRU says:
iPhone 4 adalah product Apple yang paling memalukan diorang sebab kes “Death Grip”.
Kalau nak pakai iPhone 4, tunggulah Apple keluarkan version baru ye..
AMiRU recently posted..Kenapa Diorang ada Avatar
shibli says:
bro, masalah death grip jadi kat US je sebab masalah weak signal telco diorang. Dekat tempat kita (asia) tak jadi. (Boleh refer google) Pengguna iPhone4 di Japan dan Singapore langsung takdak masalah ni.
Sama macam iPhone 3GS, dekat US banya problem dropped calls. tapi dekat tempat kita takdak. So kita punya telco dan wireless network jauh lebih baik dari ATnT di US.
AMiRU says:
LOL.. then AT&T patut tutup bisness.. Bagi aku handle lagi bagus
AMiRU recently posted..Kenapa Diorang ada Avatar
chin says:
segala produk apple aku mesti masuk air
mesti jahanam. bencii! smoga ada anak tokey besar mcm shibli nak kasi hadiah iphone 4g. huahuahua
chin recently posted..lagenda budak setan kembali!
shibli says:
hahaha banyak cantek… aku nak beli untuk diriku pun tak dapat lagi
nik says:
takkan la benci apple jadi looser sejati kot.
maybe dorang takde duit nak beli apple tue so
kena la benci sebab jeles dgn orang yang ada iphone.
nik recently posted..Sape Salleh Gregor Samsa nie
shibli says:
haha jeles satu hal benci satu hal. ni siap buat anti-apple fan club la ape la. nampak sangat busuk hati tak tentu pasal. hahaha
nik says:
oh tue memang tak dinafikan hahaha
nik recently posted..Sape Salleh Gregor Samsa nie
wandy says:
aku ada jumpa iphone4 kat kota kinabalu..tak jual kat kedai maxis pon… camne ni?
wandy recently posted..Senjata Rahsia Adolf Hitler
shibli says:
wandy.. itu bukan malaysia set.. itu set yang dibeli dari luar negara… and diorang jual dekat malaysia…
aizatzacky says:
askum bro shibli, gua nk tanye pendapat bro mengapa apple xwat SD card slot utk iOS devices nye?
wandy says:
owh…ada gak camtu..patut lah kat kota kinabalu ni, kat semenanjung belum ada Ipad lagi, diaorg dah jual..bila ditanya kat diaorg, diaorg bawa masok yg 1st release dari overseas… iphone4 tu lain cita lah..mahal lagi dari ipad 3g..
wandy recently posted..Senjata Rahsia Adolf Hitler
shibli says:
wandy, dekat semenanjung pun ipad dah banyak dah.. semua jual set dari oversea… harga dia mahal la jugak…
bila dah rasmi lancar kat sini nanti baru la murah harga dia…
Iphone fan says:
hahah apa la orang yang benci apple iphone nie orang yang tak mampu nak beli jer setakat nie aku pakai iphone 4 ok jer tak ada masalah death grip abah aku pakai 3gs lagi tip top pastue lepas di jailbreak lagi best giler gadget nie. apa pun sebelum mengutuk cuba pakai dulu aku dah banyak sanggat pakai gadget tapi iphone tetap jadi pilihan baru baru nie aku beli acer liquide ferari memang hampeh batery tak tahan guna android eclair 2.1 beli 17oo jual 800 tak ada harga htc lagi laaa aku ingat wild fire bagus baru beli sehari dah mcm2 masalah huhu… apa pun iphone memang mahal tapi kepuasan yang kita dapat memang berbaloi tapi kat usa iphone 4 baru usd 199 3gs usd 99 kat malaysia jer mahal sangat hmm…
shibli says:
haha panjang lebar ko bercerita.. ye lah kan kalau mahal tapi berbaloi takpe la.. aku pon mmg puas hati dgn iPhone4 aku.. takde problem… pasal harge tu dekat US contract dgn ATnT… so mmg murah sangat… kalau beli fon saje harge sama je mcm kita…
radiology technician says:
My cousin recommended this blog and she was totally right keep up the fantastic work!
wah says:
mcm mana nak bezakan iphone3g dan iphone3gs?
wah says:
boleh x iphone 3g upgred ke 3gs?
fais says:
iphone ni susah lah blootoh, mms, video call ngan jenama lain.. betul ker… klau mcm ni susah lah.. pasal x ramai sahabat kita pakai iphone..