Ini adalah tutorial untuk Jailbreak iPhone4 anda yang menggunakan iOS 5.0.1. Tutorial ini untuk pengguna Windows. Kepada sesiapa yang memerlukan Unlock, sila jangan ikut tutorial ini. Tutorial ini hanya untuk Unlocked iPhone dan official set sahaja.

Langkah 1
Buat satu folder baru di desktop anda. Namakan folder tersebut Pwnage.
Kemudian, download pula RedSn0w versi terbaru di sini dan letakkan di dalam folder Pwnage. Extract file zip tersebut.
Langkah 2
Buka aplikasi RedSn0w yang telah di extract di dalam folder Pwnage sebentar tadi.
Langkah 3
Setelah RedSn0w dibuka, tekan button Jailbreak.

Langkah 4
Cucukkan iPhone4 anda kepada komputer, OFF kan iPhone4 anda, kemudian tekan button Next.

Langkah 5
RedSn0w kini akan mengajar anda untuk memasukkan iPhone4 kedalam DFU mode. Sebaik sahaja gambar seperti di bawah keluar, tekan sleep button selama 2 saat.

Tanpa melepaskan sleep button tadi, tekan pula home button selama 10 saat.

Selepas 10 saat, lepaskan sleep button dan terus tekan home button sehingga RedSn0w detect iPhone4 anda.

Langkah 6
iPhone4 anda kini akan reboot.

Langkah 7
RedSn0w kini akan menyediakan data data Jailbreak dan akan melakukan kerjanya dengan sendiri.

Langkah 8
Tick kan kotak Install Cydia dan klik Next.

Langkah 9
iPhone4 anda kini akan di reboot sekali lagi dan RedSn0w akan melakukan kerjanya.

Langkah 10
Setelah selesai, anda akan nampak tertulis Done! Tunggu sehingga iPhone4 anda siap reboot (sehingga 5 minit) dan iPhone4 anda sudah pun di Jailbreak. Cydia kini akan muncul di Springboard anda.


X0uLYxx says:
Ha…Jelas dan nyata
Tapi DOrang baru update New version of Redns0w (0.9.10b3)
dorang fix previous error
“fixes a problem where re-running redsn0w over an existing jailbreak would cause MobileSubstrate-based apps to stop running until MS was installed again”
Just share info bro
mytafa says:
mac user cam ner bro? sama tak step dia? lg satu kat ner nk download redsnow for mac?
tq 
mytafa recently posted..Two O Twelve (T.O.T)